Monday, October 1, 2012

Macam macam nama pokok buah nadir

Sembang dengan mak kaknab pagi ni berkenaan  buah buah yang dulu2 depa suka makan, jadi kaknab pun google nak tengok gambar dia. ada yang dia panggil lain biasalah orang kedah, jum kita tengok buah apa yang mak kaknab dok kata

pokok bunga siam - untuk ubat sakit gigi. bila kaknab google memang ada pokok bunga ni, tapi dari blog fazlizham dia panggil pokok subang nenek. pokok nya memng sama - kata mak kaknab kalau dulu orang sakit gigi ni lah ubatnya,

bunga siam atau subang nenek


buah asam kandis - kata mak kaknab buah ni ada manis ada yang masam, yang masam sedap cicah dengan garam yang manis boleh makan gitu je.

asam kandis


 buah goncar - mak kaknab pnggil buah goncaq - masam juga selalu depa buat pincuk (cabai belacan)
buah goncar


ganda suli - mak kaknab  panggil genasuli - kata mak kaknab dia punya ubi macam lengkuas, boleh buat ubat sakit perut.
ganda suli

langkinang - mak kaknab panggil nangkinang. ia juga dari keturunan halia. makan saja ubi dia, biasalah orang dulu2 makan semua buah buah hutan.