Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
Saturday, 31 July 2010
ulam ulaman
petai, pucuk mengkudu, bendi, kacang botol, buah putat muda dan sambal belacan. salah satu menu makan tengah hari kaknab.
Friday, 30 July 2010
daun mengkudu
Morinda citrifolia
Family: Rubiaceae
daun kudu satu ikat 40 sen saja, kat market seberang jaya. balik rebus buat ulam, memang umph, bukan saja membuka selera dan mempunyai banyak khasiat
ini pula mengkudu putih, lagi sedap, boleh makan mentah atau rebus daunnya. Banyak ditanam sepanjang lebuhraya, dekat belah utara memang selalu pucuk habis kena ketung, sebab orang utara suka makan ulam, sepanjang lebuh ke selatan, pucuk gemok2 xade orang ambil pun, sebab orang selatan xberapa pandai berulam macam orang utara. kaknab kata kat husband, kalau dapat habis aku ketung.

putat
nama kampung: putat
Barringtonia racemosa
Family: Lecythidaceae
tadi pi market beli buah putat buat ulam, boleh direbus atau makan mentah, kaknab lebih suka makan mentah, rasanya kelat kelat lemak memang sedap. kaknab oghang kedah, memang kaki makan ulam, xdak ulam hambar saja, xkiralah ulam apa semua balun hahahaha
Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun. Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh.
Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.
Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.
Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.
KHASIAT
Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.
Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.
Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.
(Sumber : http://fazlisyam.com/2009/01/04/pokok-putat/)
MAKLUMAT TAMBAHAN
Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Ia di jumpai tumbuh di kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.
Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu iaitu Putat Hijau dan Putat Merah. Selain dari pucuk, buahnya juga boleh dijadikan ulam.
Ada juga putat yang dipanggil Putat Laut (Barringtonia asiatic). Seperti namanya, putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai. Daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat. Bentuk buahnya juga berbeza. Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.
KEGUNAAN:
Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di Kerala India, biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan). (Sumber :http://www.melur.com/ )
Ada pula yang mengatakan bahawa gambar di atas adalah PUTAT SAWAH @ PUTAT BENDANG namanya (panggilan orang Kedah). Ada juga yang memberi informasi tentang putat ada 3 jenis ;
1. PUTAT SAWAH - Pucuknya agak kelat dimakan dengan laksa dan buahnya yang muda yang rasanya kelat dan lemak dimakan sebagai ulam.
2. PUTAT HUTAN – Pucuknya lemak dan boleh disimpan lama apabila direndam dengan cuka nipah .
3. PUTAT NASI – Pucuknya lemak dan buahnya bulat-bulat berjuntai macam buah rambai ; rasanya lemak apabila dibuat ulam (untuk awet muda) . Kulit batangnya yang dikeringkan boleh dibuat ubat resdung dengan cara membakarnya dan asapkan pada muka.

petikan dari blog wannura. salah satu my favourite blog
Wednesday, 28 July 2010
berbegai jenis keladi
kaknab suka tengok pokok keladi cantik cantik warna dia. semua ni kaknab ambik dalam tenet lah. okay jom kita tengok sama sama.
Tuesday, 27 July 2010
PATAWALI / AKAR SERUNTUN
Nama Tempatan: | Patawali/putarwali |
Nama Saintifik: | Tinospora crispa, coculus crispum, Menispermum crispum |
Nama Lain: | Akar seruntun, brotowali,batang wali |
Famili: | Menispermaceae |
Lokasi dijumpai: | Dipagar-pagar lama, rumah tinggal |
Pokok ini tumbuh liar menjalar mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar, tumbuh di merata2 tempat macam umah kosong. Pokok ni memang pahit gila akarnya. Mula mula kaknab xtau pokok ni dipanggil patawali sebab yang kaknab tau akaq seruntun (akar seruntun),
kaknab ingat lagi dulu dulu, mak kaknab nak berhentikan adik kaknab menetek, , dia suruh kaknab pi cari akar ni lah nak boh kat payudara dia supaya pahit nanti adik kaknab boleh stop lah. hahahha, memang pahit berdengum. start dari tu adik kaknab pun xmenetek lagi. mak mertua kaknab pun pernah rebus akar ni minum untuk turunkan darah tinggi, Ya Allah pahitnya, sampai pisau yang dia guna, sebab xbasuh, potong yang lain pun akan pahit. juga.kata orang kalau rajin minum airnya, nyamuk pun xberani gigit kita. betul ke wallahualam.
kerana terlalu pahit nak minum pun xlalu. jadi untuk memudahkannya, ambil batang patawali potong nipis2 dan jemur, setelah kering blender jadikan serbuk masukkan ke dalam sarung capsule, lebih mudah untuk di makan, xpahit lagi pecah dalam perut baru hancur kan. cubalah
ini ialah sumber dari melor.com:-
untuk perubatan, batannya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat.Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).Malah diFilipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental.Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut).Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.
Saturday, 24 July 2010
BUNGA TAPAK DARA/BUNGA KEMUNTING CINA
ada yang panggil tapak dara, ada yang panggil kemunting cina, mempunyai species berbagai warna pink muda, pink tua, dan putih. Ia merupakan pokok hiasan dan senang tumbuh serta senang dijaga dan idak cerewet, Ia juga merupakan pokok herba untuk Menyembuh diabetis, darah tinggi, barah, terkena gigitan serangga, cirit-birit, hidung berdarah, mengurangkan pendarahan luka. tapi awas mempunyai getak pokok yang beracun.
Friday, 23 July 2010
daun sekentut
nama saintifiknya: paederia foetida
dari famili: Rubiaceae
nama tempatan: sekentut
Mungkin anda rasa pelik kalau kaknab kata kaknab paling suka bau daun sekentut, hehehehe lawak kan.
Kata orang daunnya busuk, sebab itulah dinamakan sekentut, mungkin macam bau kentut ke, hish xmanis lah tapi bukan kaknab yang panggil, dari dulu lagi orang yang panggil. Kaknab kalau jumpa akan ramas2 daunnya untuk mendapat baunya. daun sekentut merupakan daun utama untuk nasi ulam, disamping daun cekur, daun lemuni, daun cemumar, daun kunyit dan daun putat dan daun limau purut. Kalau xdimasukkan daun sekentut dalam nasi ulam, xsempurnalah resepinya, bau dan rasa kureng uumph. Dulu memang selalu terdapat daun sekentut kat kampung kampung, ia ada lah pokok jenis menjalar, tapi kaknab sudah lama xterjumpa pokok ini lagi, adakah ia akan pupus. Masa kaknab kecik2, dok dekat tanjung tokong, banyak daun sekentut kat tepi2 bukit pak din, kaknab selalu ambik pucuknya buat ulam. Di katakan daun sekentut mampu membuang angin dalam badan, kalau sesiapa yang rasa xselesa macam perut kembong2 gitu, cubalah makan daun sekentut, kalau lalu, bagi kaknab ianya daun yang membuka selera nasi.

Tuesday, 20 July 2010
pokok angin/pokok rambu/
kaknab xtau nama sebenar pokok ni, yang kaknab tahu ada yang panggil pokok angin, ada yang panggil pokok rambu. pokok ni tidak memerlukan tanah, ia hanya digantung dan memerlukan sedikit air dengan menyembur ke arahnya. nanti kaknab cari nama sebenar pokok ni ye.
bunga orkid
cantik bunga orkid ni, kaknab ambik kat umah kawan. cantik kan. orang tanam kita ambik gambar je hehehehe
bunga apa ni??
masa turun dari bas, berjalan nak balik ke rumah kaknab, ternampak kat kedai cina, pokok ni, orang cina suka tanam pokok bunga ni, entah bunga apa, mungkin pokok bunga ni pokok herba.
pokok daun seribu
kaknab xtau pokok apa, tapi ingat lagi masa kecik2 depa nanti suruh pi ambik daun seribu untuk buah gubahan. hantaran kalau sesiapa yang bertunang atau kahwin. hari tu pi sungai lalang umah mak, ternampak pokok ni kat umah kawan, lama dah xtengok pokok ni.
Sunday, 18 July 2010
bunga semalu - mimosa
kita memang xprihatin dengan pokok semalu, tengok lah bunga nya yang cantik apabila dizoom.
gambar ni kaknab ambik semasa pi jogging depan jusco Perda. kalau dulu kecik2 memang suka usik pokok ni dia akan tertetup apabila dikacau.
Saturday, 17 July 2010
pokok ape ni?
nama sainfitic: Stachytarpheta sp.
Family: Verbenaceae
Porterweed, Brazilian Tea
tadi pi jogging kat depan jusco, ambik gambar pokok ni, sebab bunga dia cantik, bunga kecil2 kolor ungu, kita panggil apa xtau, bila cari dalam internet dapat lah nama saintific dan dalam english, tapi tapi xtau melayu panggil apa? mula2 inga ekor anjing, tapi lain sikit daunnya. apa pun nanti kaknab cari apa melayu panggil.
pokok ni pun pokok herba juga, dengan merebus daunnya boleh menghilangkan demam, bengkak dan kebas kebas.
Arachis Pintoi
kita panggil bunga apa ni? kaknab ambik gambar ni lama dah kat sekolah menengah bukit mertajam, tumbuh bersama rumput, cantik kekuningan, puas cari namanya baru dapat itu pun in english, nama melayu entah apa xtau lah. daunnya kecil2 macam daun kacang tanah, je, mula mula tengok terus ambik gambar.
Friday, 16 July 2010
Aglaia odorata
Family: Meliaceae
Chinese Perfume Plant, Chinese Rice Flower, Mock Lemon
Origin: South China
bunga ni kaknab ambik kat rumah kawan kaknab mama shifa, kaknab xtau pokok apa melayu panggil apa pun untuk cuci mata

buah delima
gambar pokok ni kaknab ambik kat ruma perkep IPD BMertajam
pokok delima
buah delima
buah delima memang sedap, kaknab punya favourite, buah delima malaysia kecik, kalau nak makan okay juga rasanya,so nak besar dan lagi sedap beli kat jusco lah yang import dari peru punya, besar. sebiji dalam rm4.50. ingat lagi lagu yang kaknab nyanyi kecik2 dulu. cam ni
satu tangan bilangan lima
dua tangan bilangan sepuluh
nenek tanam biji delima
apa sebab peria tumbuh.

bunga senduduk
buah senduduk
bunga senduduk
bunga senduduk
pernah kah makan buah senduduk, dulu kalau balik sekolah, masa tunggu bas sekolah, memang cari buah senduduk yang masak untuk dimakan, sampai lidah pun ungu, buah senduduk bukanlah sedap sangat, rasa manis manis kelat, masih ingat ke pantun dulu dulu, xtau pantun ni betul ke x maksudnya, orang dulu memang pandai buat pantun mungkin juga betul dengan maksudnya.
apa bila langsat sudah berbuah
senduduk tidak berbunga lagi
apabila dapat gading bertuah
tanduk tidak berguna lagi.
betul kah kalau langsat dah berbuah senduduk tidak berbunga lagi, entah lah, kaknab dari kecik xpernah pun tengok pokok langsat, dah dewasa, dah kawin dengan orang muar baru lah kenal pokok langsat, jakunnya aku hehehe, kat tanjung tokong mana ada pokok langsat, yang ada cuma rambutan, durian, sete(sentul), manggis, jadi kaknab xtaulah senduduk betul ke merajuk dekat pokok langsat, apa pun fikir fikir lah sendiri.
pokok cactus
Thursday, 15 July 2010
morning glory /seri pagi / tapak kuda
kaknab panggil pokok getah
Ini pokok apa ye, kaknab panggil pokok getah, pokok ini ialah pokok nostalgia masa kaknab kecik2 dulu, kalau main masak2 pondok2 pokok ni memang xlepas lah, kami nanti kutip potong nipis2 macam bunga rampai, kerana daunnya yang keras kalau potong memang cantik untuk dibuat hidangan hahahaha, lawak. pokok ini akan mengeluarkan getah, kalau kita potong batangnya. jadi sebab nakal sangat, kami nanti ambik pisau belid (blade) potong kat batang dia macam orang menoreh getah, keluarlah getah, apa lagi tuan punya pokok ini iaitu pak Abas akan kejar kami.
nanti kaknab cari nama pokok ni.
sagu bembam
ubi sagu bemban
kat rumah mak kaknab banyak tanam sagu bemban, xtau lah mungkin ada nama lain selain dari sagu bemban, ia sangat mujarab untuk sakit demam, sakit mulut (ulcer), iaitu jadi putih putih dalam mulut, kdg masa gosok gigi ke, tercucuk berus kat gusi dia akan jadi luka pastu jadi putih, memang sakit, kalau nak makan, selalu jadi juga kerana badan kita panas, jadi kaknab ambik ubi sagu bembam ini kaknab kunyah saja, rasanya sedap, sakit mulut atau demam cepat baik, ini adalah ubat kami dari dulu lagi, mak kaknab memang sayang sangat pokok bemban dia, sebab sungguh berguna. kalau sakit kayap tumbuk bagi hancur ubinya pedap je kat kayap insyaalah cepat baik. pokok ini senang saja hidup, cucuk je batang yang berakar maka cepat membiak,