Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
Friday, 11 June 2010
kunyit/Curcuma longa Linn
tanpa kunyit hidup didalam masakan asam pedas ianya akan menjadi hambar. tak sedaplah tu .
hasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya. memang sedap berulamkan kunyit, tapi awas gigi nanti kuning.
Melancarkan Perjalanan Darah
1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.
Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.
No comments:
Post a Comment