Friday, 11 June 2010

pokok halau nyamuk/ Pelargonium radula

Nama Tempatan: Jeremin
Nama Saintifik: Pelargonium radula
Nama Lain: Pokok halau nyamuk, pokok jari lima,geranium
Famili: geraniaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal:

keterangan:
Pokok ini ukan merupakan tumbuhan asal dari Malaysia, bermula dari hanya dijual di nurseri seperti cameron highland, kini pokok ini banyak ditanam di sekitar rumah. Tumbuhan ini tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaram matahari yang terik, sebaliknya sesuai ditanam di tempat yang agak redup seperti didalam rumah. Seperti kebanyakana tumbuhan geranium yang lain ia mempunyai baunya yang kuat yang akan terhasil apabila kita memegang daunnya.Ia mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Tumbuhan ini mempunyai bunga jika hidup dalam iklim temperat. Tidak diketahui samaada ia boleh berbunga atau tidak dalam iklim tropika.Siraman air yang secukupnya diperlukan untuk memastikan ia tidak kering. tanda-tanda tidak cukup air ialah batangnya akan menjadi kering dan berongga.

kegunaan:

Tumbuhan ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halu dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk pada jeda masa tertentu. Oleh itu ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah dengan harapan ia dapat menghalau nyamuk. kegunaanya yang tidak banyak diketahui ialah sebagai ubat untuk penyakit kulit atau gatal-gatal. daunnya yang dikisar bersama beras boleh diletakkan pada bahagian yang bermasalah

2 comments: