h
Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
Tuesday, 25 December 2012
pokok pudak
Pokok pudak atau dipanggil juga mengkuang laut, sebab banyak terdapat ditepi pantai, atau nama saitifiknya pandanas tectorius, dari keturunan mengkuang juga, daunnya boleh dibuat tikar sama seperti mengkuang, mak kaknab pernah ambik daun ni buat tikar mengkuang. Hari ini kaknab pi memancing kat telok bahang, kaknab terjumpa pokok banyak ditepi pantai, daunnya berduri macam mengkuang.
h
h
Sunday, 23 December 2012
BUAH DELIMA
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, magnesium dan calcium.
Antara khasiat buah delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk:
Membaikpulih fungsi hati dan limpa
Mencuci buah pinggang dan salur kencing
Membantu penghadamanMembuang lemak-lemak berlebihan
Menambah tenagaMengelakkan alahan bagi wanita mengandung
Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manisMenambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
Thursday, 20 December 2012
Buah Cermai
Buah cermai, atau nama saintifiknya phyllanthus acidus adalah pokok yag boleh mencapai ketinggian 50 kaki tinggi. buahnya yang masam, jarang orang makan mentah, selalunya dibuat jeruk atau pincuk, pincuk ialah campuran buah cermai dengan cabai, belacan, gula dan garam, tumbuk semua sekali kalau tak mau sakit perut, hendaklah ditumbuk sekali dengan bijinya insyaAllah makan banyak pun tak sakit perut.
Jus buah cermai, sangat baik untuk menghilangkan batuk, tapi masamlah kalau nak minum campur sedikit gula putih atau gula merah, memang mujarab. Daun cermai direbus dan minum airnya boleh menurunkan tekanan darah tinggi, juga boleh menguruskan badan, kaknab sendiri pun tak pernah minum air daun cermai, dengar saja orang cerita, lagi pun kaknab tak adalah nak turunkan badan. kalau badan memang naik kaknab pun ingin mencubanya mana lah tahu memang menjadi.
BUNGA RAYA
Bunga raya merupakan bunga kebangsaan malaysia, di mana2 ada gambar buga raya, di ic, di wang siling 50 sen, wang kertas 50 ringgit, kat mana lagi entahlah, mungkin banyak lagi yang ada gambar bunga raya. Kenapa bunga raya yang jadi bunga kebangsaan, kenapa tak ambil bunga lain, mesti ada sebab yang tertentu. Apa pun bunga raya yang menjadi lambang bunga kebangsaan mesti yang warna merah. mungkin melambangkan perpaduan rakyat malaysia. Sepanjang tepi jalan2 raya di negeri johor, mesti ada tanam pokok bunga raya. tak percaya cuba anda drive dari Muar terus ke JB.
Daun bunga raya pula diramas2 di pupuk ke kepala, boleh melebat dan menghitamkan rambut. dulu2 bunga raya ni, kaknab ramas2 hingga hancur tapis konon2 buat minyak untuk memasak sebab airnya akan pekat dan macam minyak konon2.
pokok inai
Pokok inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis ialah pokok renek yang diambil daunnya diguna secara ekslusive oleh orang yang berrminat memerahkan jari, rambut, janggut, apa apa je lah, yang boleh dipakai. Bahkan masa kaknab ke mekah baru baru ini kaknab sendiri beli banyak serbuk atau paste inai yang dikomersialkan. Pokok inai dikatakan berasal dari India, dan boleh didapati di iklim yang berhawa panas seperti malaysia, indonesia, India, Thailand. Perempuan yang berpantang semasa bersalin pun menggunakan daun inai, untuk di bakar dengan tungku, atau airnya digunakan untuk mandi.
Selain dari itu daun inai boleh menaikkan seri wajah, supaya tidak pucat semasa dalam pantang,
Kata mak kaknab air daun inai baik untuk sakit perut memulas2. rebus dan minum airnya.
Teringat kecik2 dulu tahun 60'an, kalau tak pakai inai pada malam raya mesti tak sah. budak2 kan apa tahu, kononnya tidak boleh pakai siang, kalau ayam tegur nanti tak merah. lawak betui, kami budak2 pun percaya bulat2, tipu semua hahaha.
Wednesday, 19 December 2012
Ubi Kemili
Semalam kaknab p market Bukit Mertajam, ternampak orang jual ubi kemili sekilo rm5. Kaknab kalau nampak je ubi kemili mesti beli punya, 1/2 kilos cukup lah kaknab sorang yang nak makan, dalam rumah ni tak dak sapa pun yang suka ubi kemili kecuali kaknab saja. 1/2 kilo, rebus pun jenuh lah kaknab nak perhabis ubi cekonit ni. rasa dia memang sedap. tak tau pasai apa depa dalam rumah kaknab tak pandai makan. ish ish ish rugi banyak la sapa tak lalu,
Subscribe to:
Posts (Atom)