Thursday, 20 December 2012

pokok inai





Pokok inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis ialah  pokok renek yang diambil daunnya diguna secara ekslusive oleh orang yang berrminat memerahkan  jari, rambut, janggut, apa apa je lah, yang boleh dipakai. Bahkan masa kaknab ke mekah baru baru ini kaknab sendiri beli banyak serbuk atau paste inai yang dikomersialkan. Pokok inai dikatakan berasal dari India, dan boleh didapati di iklim yang berhawa panas seperti malaysia, indonesia, India, Thailand. Perempuan yang berpantang semasa bersalin pun menggunakan daun inai, untuk di bakar dengan tungku, atau airnya digunakan untuk mandi.

Selain dari itu daun inai boleh menaikkan seri wajah, supaya tidak pucat semasa dalam pantang,
Kata mak kaknab air daun inai baik untuk sakit perut memulas2. rebus dan minum airnya.

Teringat kecik2 dulu tahun 60'an, kalau tak pakai inai pada malam raya mesti tak sah. budak2 kan apa tahu, kononnya tidak boleh pakai siang, kalau ayam tegur nanti tak merah. lawak betui, kami budak2 pun percaya bulat2, tipu semua hahaha.

No comments:

Post a Comment