Friday 11 June 2010

pokok dukung anak/Phyllanthus Ninuri L.

daun dukung anak Phyllanthus Ninuri L.

pokok ini tumbuh sendiri. jenis pokok renek boleh terdapat di mana mana tanah lapang dan selalu tumbuh bersama rumput. pokok menjadi ubat traditional oleh orang melayu di kampung kampung. Mak kaknab panggil pokok amin buah, entah kenapa pula amin buah, hahaha, apa pun tak apa lah janji jadi ubat.


Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum


Batuk: Air rebusan daun muda diminum


Luka, lebam dan luka ulcers: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan

unuk kencing manis - diramas dan direbus dengan 1 camca sudukecil madu, minum airnya.

No comments: