Nama Tempatan: | Asam Kerenda | ||||
Nama Saintifik: | Carissa caranda | ||||
Nama Lain: | karanda(English), caranda plum,Cu Huang Guo (china) | ||||
Famili: | Apocynaceae | ||||
Lokasi dijumpai: | Tumbuhan tempatan | ||||
Asal: | India | ||||
keterangan: | |||||
Asam kerenda merupakan sejenis tumbuhan tempatan yang biasa kita jumpai dikampung-kampung . Ia biasa di tanam sebagai tumbuhan hiasan laman. Buahnya yang masam biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak kampung. Ia merupakan sejenis sejenis tumbuhan renek separa menjalar. Ini bermaksud jika rantingnya dibiarkan panjang dan tidak dipangkas ia juga boleh menjalar dan memanjat sebarang sokongan yang berhampiran dengannya sama seperti pokok bunga kertas.Pokok asam kerenda berasal daripada India namun kini ia telah menjadi tumbuhan tempatan di Malaysia. Daun asam kerenda berwarna hijau tua dengan permukaan daunnya berkilat. daunnya agak kecil. Bunganya pula berwarna putih dan mempunyai bau yang agak wangi.Buahnya kecil-kecil, berwarna hijau ketika muda, bertukar menjadi merah apabila masak dan akhirnya menjadi merah kehitaman apabila telah masak ranum.selain daripada dimakan secara mentah buahnya yang masak juga boleh dijadikan jem. Pembiakan asam kerenda boleh dilakukan melalui cara biasa iaitu keratan batang dan biji benihnya | |||||
Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
No comments:
Post a Comment