ni lah buah yang kaknab jumpa sebiji saja.
tadi ronda dengan suami kaknab menuju ke restoran subaidah seberang jaya. lalu ampang jajar permatang pauh, kat situ terdapat 4-5 batang pokok tunjuk langit di tepi jalan. buahnya lebat sekali. oleh kerana camera handphone sahaja, xboleh nak zoom macam camera canggih, xdapatlah kaknab nak ambil gambar buah di atas pokok, tinggi sangat. Kaknab cari kat bawah pokok kalau kalau ada buah yang terjatuh. buah tunjuk langit memang payah nak jatuh, bukan macam buah jambu air. Nasib baik terjumpa lah sebiji buah yang jatuh atas rumput. bawa balik ke rumah lalu kaknab potong, tapi ianya buah yang muda. xkisahlah, lalu kaknab potong kecil2 esok pagi nak jemur supaya kering dan blender, jadikan serbuk kaknab bercadang nak masukkan ke dalam bekas capsul kosong, kaknab cuba gigit sedikt bijinya, ya Allah mak oooi pahit berdengum. lebih pahit dari hempedu bumi, leboh pahit juga dai akar seruntun@patawali, xsanggup nak telan kalau nak makan secara langsung. jadi kalau bubuh dalam capsul akan hadam ke dalam perut, xlah teruk sangat. apa pun perkembangannya akan menyusul nanti.
Betul-betul...Memang tersangat pahit. Masa raya baru ni saya pergi rumah bapa saudara suami dia ada buat ubat kapsul buah tunjuk langit ni. Dia pelawa untuk rasa biji dari buah yg original...saya pun ambil la...kata dia sedap mcm kuaci...sebaik masuk dlm mulut ...mak aii pahitnya...tak pernah aku rasa sepahit ini...Adui la...
ReplyDeletenak tanya..kat kolej sy ader sederet pokok buah tunjuk langit,bagaimana nak tahu buah ni masak jatuh atau petik dari pokok.terima kasih
ReplyDelete