pokok cherry memang terkenal dikampung2 kerana ia pokok rimbun untuk berteduh, kadang orang kampung akan buat pelantar di bawah pokok cherry kerana ia rendang. daunnya menjadi ubat herba kepada pengidap2 darah tinggi. dengan merebus daunnya boleh menurun kan tekanan darah, xtau apa rasanya. mak mertua kaknab dulu selalu juga mengamalkannya. buah cherry dikatakan memang baik untuk pesakit gout, ini kaknab ada terbaca dalam internet. rasanya yang manis manis buah natural memang sedap dimakan apabila masak. teringat dulu masa kaknab kecik2 buah cherry yang hijau kami buat peluru untuk main piston kayu, apabila dibetil akan pergi jauh buah cherry ni. hahahaha seronok lah masa tu.