Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
Showing posts with label pokok tunjuk langit. Show all posts
Showing posts with label pokok tunjuk langit. Show all posts
Thursday, 23 September 2010
pokok tunjuk langit
at last dapat kaknab ambik gambar buah tunjuk langit dengan menggunakan camera kaknab yang baru beli, xsecantik camera professional, kira okay lah tu. gambar ni kaknab snap kat perda.
Sunday, 15 August 2010
pokok tunjuk langit
Dalam perjalanan balik dari Alor Setar ke Bukit Mertajam, melalui jalan lama, banyak pokok2 tunjuk langit di tepi jalan, dari Simpang Empat hingga ke Gurun, lebat buahnya di atas pokok, Kaknab suka benar tengok pokok ni, sejak tahu khasiatnya. kemudian dekat tepi jalan permatang pauh, ampang jajar, seberang jaya pun banyak ditanam, tapi sayang tidak ramai yang tahu betapa berharganya buah tunjuk langit. Mungkin MPAS dan MPSP menanam pokok sebab ianya rendang dan dapat memampat tanah agaknya lah. Nanti bila dah dekat buahnya agak nak tua, Kaknab akan lalu lagi sekali lagi untuk melihat bagaimana buah ni merekah ke atas pokok. Suspend lah pula.
Thursday, 12 August 2010
pokok tunjuk langit
nama tempatan: tunjuk langit
nama saintifik: Swietenia macrophylla
family: Meliaceae.
pokok tunjuk merupakan pokok herba yang begitu berkhasiat, biji yang terdapat dari buahnya boleh mengubatkan penyakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan resdung.
Ia merupakan pokok hutan yang boleh mencapai ketinggian sehingga 60 meters (195 kaki).dengan keliling diameter lebih kurang 1.9 meter. satu pokok yang matang boleh mengeluarkan 200 buah yang mampu mengeluarkan 4 kg biji. setiap buah boleh menghasilkan 35-71 biji yang tua. untuk mencapai ke tahap matang mengambil masa lebih kurang 6-9 bulan, ia berbuah hanya setahun sekali, bermula bulan jun, dan apabila tua buah akan pecah dengan sendiri dan menaburkan biji di tanah. buahnya yang betul2 tua akan dipetik supaya tidak jatuh ketanah. akarnya sahaja boleh menjejak hingga 200 kaki ke bawah, dengan itu ia mengandungi segala zat zat mineral menyebabkan buahnya begitu berkhasiat untuk perubatan. Untuk mengeluarkan buah ia memerlukan masa matang selama 10 tahun, lama tu. jenuh juga kalau tanam nak dapatkan buahnya.
Saturday, 7 August 2010
pokok tunjuk langit
ni lah buah yang kaknab jumpa sebiji saja.
tadi ronda dengan suami kaknab menuju ke restoran subaidah seberang jaya. lalu ampang jajar permatang pauh, kat situ terdapat 4-5 batang pokok tunjuk langit di tepi jalan. buahnya lebat sekali. oleh kerana camera handphone sahaja, xboleh nak zoom macam camera canggih, xdapatlah kaknab nak ambil gambar buah di atas pokok, tinggi sangat. Kaknab cari kat bawah pokok kalau kalau ada buah yang terjatuh. buah tunjuk langit memang payah nak jatuh, bukan macam buah jambu air. Nasib baik terjumpa lah sebiji buah yang jatuh atas rumput. bawa balik ke rumah lalu kaknab potong, tapi ianya buah yang muda. xkisahlah, lalu kaknab potong kecil2 esok pagi nak jemur supaya kering dan blender, jadikan serbuk kaknab bercadang nak masukkan ke dalam bekas capsul kosong, kaknab cuba gigit sedikt bijinya, ya Allah mak oooi pahit berdengum. lebih pahit dari hempedu bumi, leboh pahit juga dai akar seruntun@patawali, xsanggup nak telan kalau nak makan secara langsung. jadi kalau bubuh dalam capsul akan hadam ke dalam perut, xlah teruk sangat. apa pun perkembangannya akan menyusul nanti.

Friday, 11 June 2010
pokok tunjuk langit

pokok tunjuk langit
buahnya
Digunakan untuk mengubati penyakit seperti:
-kencing manis
-darah tinggi
-gout/stroke
-asma/resdung
-migrain
-mati pucuk
-insomia
-stress/tension
-keletihan
dan banyak lagi.....
Pokok tunjuk langit boleh dicampur dengan pokok ubatan lain dan direbus, kemudiannya airn rebusan itu diminum. Ia juga dijadikan sebagai sebagai campuran untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik.
ini pula ialah paku tunjuk langit. 2 pokok yang berbeza, satu dari pokok balak lagi satu dari family paku pakis.
Subscribe to:
Posts (Atom)