| Nama Tempatan: | Patawali/putarwali |
| Nama Saintifik: | Tinospora crispa, coculus crispum, Menispermum crispum |
| Nama Lain: | Akar seruntun, brotowali,batang wali |
| Famili: | Menispermaceae |
| Lokasi dijumpai: | Dipagar-pagar lama, rumah tinggal |
Pokok ini tumbuh liar menjalar mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar, tumbuh di merata2 tempat macam umah kosong. Pokok ni memang pahit gila akarnya. Mula mula kaknab xtau pokok ni dipanggil patawali sebab yang kaknab tau akaq seruntun (akar seruntun),
kaknab ingat lagi dulu dulu, mak kaknab nak berhentikan adik kaknab menetek, , dia suruh kaknab pi cari akar ni lah nak boh kat payudara dia supaya pahit nanti adik kaknab boleh stop lah. hahahha, memang pahit berdengum. start dari tu adik kaknab pun xmenetek lagi. mak mertua kaknab pun pernah rebus akar ni minum untuk turunkan darah tinggi, Ya Allah pahitnya, sampai pisau yang dia guna, sebab xbasuh, potong yang lain pun akan pahit. juga.kata orang kalau rajin minum airnya, nyamuk pun xberani gigit kita. betul ke wallahualam.
kerana terlalu pahit nak minum pun xlalu. jadi untuk memudahkannya, ambil batang patawali potong nipis2 dan jemur, setelah kering blender jadikan serbuk masukkan ke dalam sarung capsule, lebih mudah untuk di makan, xpahit lagi pecah dalam perut baru hancur kan. cubalah
ini ialah sumber dari melor.com:-
untuk perubatan, batannya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat.Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).Malah diFilipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental.Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut).Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.

