| orang penang panggil pokok susu nabi entah kenapa ya. pandai pula bagi nama. |
Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
Friday, 21 September 2012
daun ara tanah/susu nabi ubat mujarab kayap
Baru baru ni mak kaknab jadi kayap kat tengkok dia, kata orang kayap air, gatal gila. merenyam tak tahan. mak kaknab cuma ambik daun ara tanah/susu nabi upar upar di tapak tangan campur dengan bedak sejuk pedap dekat kayap tu. Ya Allah macam magic esok kayap mak kaknab terus kering. tinggal parut hitam2, pedap lagi dengan bedak sejuk jangan berhenti, lama2 parut hitam pun hilang sekali. pastu dalam telinga mak kaknab pun ada kayap kut, sebab dia rasa gatal2 tapi tak boleh nak buat apa, so mak kaknab ambik ara tanah dengan bedak sejuk, dia cuma pedap di luar telinga saja, sebab tak boleh nak bubuh ke dalam telinga, esok telinga diia terus kering tak rasaa gatal2 lagi. cuma dia rasa ada keruping2 kat dalam telinga, dia sapu lagi kat luar telinga, keruping pun hilang pelan2 gitu. Yang hairan, daun ara tanah ni mengandungi apa ye?, Wallahualam, boleh hilangkan kayap, sungguh mujarab. Tak payah p doktor, tak payah keluarkan duit, bedak sejuk pun mak kaknab yang buat sendiri. daun ara tanah, keliling rumah kaknab banyak, cabut saja. senang kan.
Friday, 2 March 2012
Bunga Telang
Ini ialah bunga telang, kalau dijemur kering, ambilnya airnya akan menjadi pewarna asli. kalau buat nasi kerabu atau pulu tetai. akan menjadi kolor biru cantik, warna yang asli. Pulut tetai, dimakan dengan kuahnya atau sekaya. memang terkenal di tempat kaknab Tanjung Tokong, tempat lain memang xtahu kueh ini. Ia merupakan kueh nyonya.
Tuesday, 14 February 2012
belimbing buluh
Belimbing buluh atau nama saintificnya Averrhoa bilimbi L.OXALIDACEAE. Rasanya yang masam masam boleh di makan mentah, dicampur dengan sambal belacan, dimasak dengan masak lemak cili api. boleh dijeruk dengan garam kemudiam dijemur hingga kering, sedap dibuat acar, kenduri kahwin selalu ada menu ini. Selain digunakan dalam masakan, buahnya turut digunakan sebagai pembersih kuku, pencuci logam dan menanggalkan kekotoron. dulu masa kecil kaknab ada mengambil upah belah biji janggus, apabila kami basuh tangan dengan minyak tanah, untuk menghilangkan getah biji janggus, akhir sekali kami akan membilas tangan dengan belimbing buluh.
Thursday, 10 November 2011
temulawak
hari ni, kawan kaknab mak iti, bagi temulawak, apa lagi ini adalah ulam favourite kaknab. rasanya yang lemak2 wangi, cecah sambal belacan memang menyelerakan.
Tuesday, 8 November 2011
suka ambik gambar
kaknab memang suka ambik gambar, hobby katakan, tadi pi tepi bendang kat rumah kaknab ambik gambar sawah padi serta gambar pokok sayur yang ditanam oleh kawan kak nab. jum kita tengok gambar kehijauan pokok pokok sedap mata memandang.
Monday, 31 October 2011
daun mengkudu
daun mengkudu yang besar, kaknab ternampak kat batu pahat terus rakam gambarnya.. daunnya memang besar.
Sunday, 9 October 2011
besarnya pokok mengkudu
ini ialah gambar yang kaknab rakam semasa ronda ronda ke tanjung harapan port kelang. pokok mengkudu ni ,mungkin pokok tua, dengan batangnya yang besar. tapi rendang.
pucuk meranti
on d way to shah alam ke rumaha anak, dari penang melalui pantai remis, kaknab tersinggah pasar malam kat sekincan kalau xsilap, di situ kaknab beli lah sayur2 kampung, pucuk paku dan pucuk meranti, pucuk paku memang selalu kaknab beli, tapi pucuk meranti, inilah pertama kali kaknab tengok daunnya, bila tanya pada pakcik yang juai, dia kata daun meranti, boleh dimasak lemak, rasanya pahit2 sikit tapi sedap. lalu kaknab beli seikat rm2/- hari ni kaknab pun masak lemak cili api,
1 ikat rm2 bunganya kecil kecil
daun yang sudah siap di potong
ini ialah buahnya kecil2 juga
masak lemak cili api daun meranti yang sudah siap dimasak
kaknab dah makan pucuk meranti masak lemak cili api memang sedap. pahit pahit sedikittapi lemak.
lain kali balik penang nak cari lah pokok ni, mesti ada punya. selama ni, xtahu namanya
dan tak tahu pula boleh dibuat sayur.jum kaknab bagi resepinya.
1 bawang besar, 10 biji cili api, sedikit kunyit hidup, sedikit garamdan sedikit ikan bilis ditumbuk lumat. dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi dengan sedikit minyak biar ia garing sedikit dan wangi
masukkan santan pekat 1 mangkuk, 1 keping asam keping, sayur meranti dan biar ia mendidih, kacau selalu supaya tidak berketul. bila daun sudah layu, angkat. ikan bilis buatkan kuahnya manis manis jadi kuranglah pahitnya. selamat mencuba.
Saturday, 25 June 2011
daun mengkudu
Ini pokok kudu yang terdapat di pantai pulau aman masa kaknab pi ronda2 hari ni, daunnya memang besar gila. tak pernah kaknab tengok kudu daun besar. subur betul pokok ni. hijau berkilat daunnya.
bunga pokok daun baru
gambar bunga ni kaknab ambik masak pi pulau aman. pokok ni, rendang je. bunganya kuning terang memang cantik.
Subscribe to:
Posts (Atom)








