Thursday, October 3, 2013

POKOK GELENGGANG

Lama betul kaknab xjumpa pokok ni. Kalau dulu masa kaknab kecik2 kat atas bukit pak Din kat tanjung tokong Pulau Pinang dimana kaknab dibesarkan, memang banyak pokok ni. Kalau orang nak buat ubat senang je carinya. Masa kaknab dok kat Muar baru2 ni, baru lah kaknab ternampak pokok ni kat kampung Sabak Awor iaitu kampung suami. Lalu kaknab rakam, bukan senang nak dapat gambar pokok ni.



Sunday, March 10, 2013

pokok apakah ini

Ini adalah pokok menjalar yang kaknab snap masa kaknab pi memancing, mula2 ingat pokok tembikai,sebab buahnya macam tembikai yang belum membesar, Lama2 perhati nampak buahnya kolor merah2an pula besar yang macam hijau juga, rupanya bukan pokok buah tembikai, bila kaknab picit buah yang masak biji2nya macam buah letup. boleh makan ke buahnya. Mohon siapa2 yang baca post ni, yang tahu nama pokok ni, boleh bagi tau kaknab.

buah yang masih hijau, macam tembikai kan tapi kecik2
buahnya yang dah masak, bunganya warna putih
zoom gambar buahnya yang masak
daunnya macam daun tembikai

buah yang masak, tengok biji2 macam buah letup

boleh makan ke buah ni?
ni daunnya menjalar di atas tanah

Monday, February 25, 2013

pokok selaput tunggul

Ini ialah pokok selaput tunggui kata orang utara, pokok ni memang banyak terdapat di merata2 tepi parit, padang, tepi sungai. kaknab rakam pokok ni banyak terdapat kat tepi parit yang kaknab selalu memancing, kat Perda, Bukit Mertajam. sembang dengan mak kaknab pokok ni boleh menghentikan darah yang banyak keluar kalau luka ke cedera ke, maknanya, kalau kita dok tepi parit kalau luka, darah keluar, ambik daun ni upar upar di tapak tangan bagi hancur kemudian pedapkan kat tempat yang berdarah tu,

Lagi satu, daun selaput tunggul ni salah satu daripada ulam yang di gunakan membuat nasi ulam di kedah atau di penang. lembu dan kambing, arnab memang suka daun ni.

pokok selaput tunggul

pokok selaput tunggul

bunga selaput tunggul

Monday, February 18, 2013

pokok buah gajus

Ini ialah pokok gajus, pucuk daunny di buat ulam, isi gajus dibuat kerabu atau masak gulai dengan udang. biji gajus pula memang sedap. Kaknab cuma tengok pokoknya saja, tak pernah tengok buahnya pun, mungkin tak sempat kaknab nampak terus orang ambik. nanti lain kali kalau kaknab nampak buahnya atas pokok nanti kaknab rakam gambarnya.

rendang pokoknya.

pucuknya yang sedap dibuat ulam. 

Bunga Kantan

Kaknab kalau tak ada bunga kantan memang tak jadi buat laksa, kalau tak bubuh bunga kantan dalam kuah laksa tak dak umpph.

Ronda2 dengan basikal, balik dari memancing kaknab nampak pokok kat rumah kawan kaknab banyak bunga kantan yang dah kembang, awat depa tak ambik tak tau, biar sampai kembang. lalu kaknab minta kat dia 2-3 kuntum untuk masak, esok kaknab nak buat kerabu nenas dengan bunga kantan. sedap kerabu sebab bunga kantan yang wangi dan nenas yang manis.


yang ni belum kembang lagi.

pokok kantan yang rimbun

bunga kantan yang kembang. cantik kan

Saturday, January 19, 2013

pokok kudu hidup dalam simen parit

Tadi petang kaknab pi memancing, dalam dok baling rod, terpandang pokok kudu yang tertumbuh dekat simen parit. dalam simen pun dia boleh hidup, kecik je pokok tu, tapi ada buah yang dah masak, sayang kaknab tak boleh ambik buahnya, kalau tidak buah ranum macam tu blender minum dengan madu memang bagus. Sebab pokok tu tumbuh belah sana parit, memang agak susah sikit nak ambik sebab kena seberang parit tu .



Sunday, January 13, 2013

daun pecah beling

Assalamualaikum semua, lama kaknab tak masuk blog ni, sebab tak ada article yang nak dipostkan, tapi hari ini, kaknab ada petik daun pecah beling untuk mak kaknab yang ada batu kat hempedu, nak cuba minum air ni, tapi mak kaknab tak lah rasa sakit sangat, cuma kadang2 macam ada angin, dia kata macam seluap, kaknab pun tak paham macam mana, cuma dia sorang saja yang tahu, tapi bukan selalu dia rasa macam tu, hari tu, p hospital depa dah scan memang ada banyak batu kecik2 dalam hempedunya, kata doktor kalau tak sakit sangat, tak payah buat apa, sebab faktor umur, mak kaknab dah hampir 83 tahun ni, jadi kita berubat secara tradisional lah, ye. 

daun pecah beling ni nanti mak kaknab rebus daunnya dan batang sekali dengan 3 gelas air, rebus sampai air tinggal 1/2 gelas gitu. kemudian minum. daun ni, banyak kat perkep IPD. tak apa hari2 mak kaknab boleh rebus minum airnya.