Sunday, February 14, 2016

daun gonchaq

pernah tengok dak pokok gonchaq. kata mak kaknab buah dia kecik2 macam buah  lada hitam.  sebenarnya, kaknab pun xpernah tengok pokoknya. kat kampung2 memang ada pokok ni. tapi pokok ni pun dah nak hampir2 pupus. macam mana lah kita nak tengok pokoknya, kita la ni tak dok di kampung. la ni kita dok di taman taman. tak ada kampung lagi dah rumah pun terrace, dinding hang dinding aku. betul tak.

tadi knab pi pasar tani, kalau nak tengok dan nak cari semua mak nenek ulam kampung yang tak pernah tengok dan dengaq pun, mai lah pasar tani sungai petani, macam2 ada.

ni daun gonchaq yang knab beli kat pasar tani. buat ulam sedapnya tak tau nak habaq. kalau nak rasa kena lah beli

ni la daun gonchaq

daun bebuaih

kaknab tak tahu tempat lain panggil apa, kami di kedah, perlis, pula pinang panggil daun bebuaih mungkin eja asal bebuais kut, orang utara semua cakap main buang semua s hihi. memang lawak kan, daun memang sedap sangat. kaknab makan mentah saja. hari ni pula kaknab malas nak buat sambal belacan cuma potong cabai melaka, sedikit belacan, sebiji tomato potong kecik2, garam. ramas2 bagi tomato hancur. wow sedap cecah dengan ulam.
makan nasi panas panas pula. memang berselera.

daun bebuaih