Thursday, September 15, 2016

Daun sudu itik

Orang Kedah terkenal dengan gemar memakan berbagai jenis ulam. Kaknab tidak ketinggalan anak jati Kedah yang suka memakan ulam.

Baru2 ni Kaknab beli sejenis daun yang dipanggil daun sudu itik, sebenarnya Kaknab pun tidak pernah makan daun ini, malah tengok pun tidak pernah sebelum ini. Setelah mencuba nyata daun ini memang sedap, Kaknab buat kerabu daun ini, boleh juga digoreng macam daun kangkung.

daunnya panjang lebih kurang kangkung