Saturday, June 25, 2011

daun mengkudu

Ini pokok kudu yang terdapat di pantai pulau aman masa kaknab pi ronda2 hari ni, daunnya memang besar gila. tak pernah kaknab tengok kudu daun besar. subur betul pokok ni. hijau berkilat daunnya.

bunga pokok daun baru

gambar bunga ni kaknab ambik masak pi pulau aman. pokok ni, rendang je. bunganya kuning terang memang cantik.

pokok peria pantai

dah lama kaknab tak tengok pokok ni, dulu kecik2 memang banyak pokok ni kat pantai tanjung tokong. kami pi kutip je pucuknya. hari ni kaknab pi pulau aman. ronda2 tepi pantai, terjumpa pokok ni terus ambik gambar. pucuk peria pantai memang sedap direbus buat ulam atau masak lemak dengan keledek.

Friday, June 10, 2011

Asystasia gangetica (rumput israel)

Nama tempatan: :Ara sungsang/rumput israel
Inggeris:Chinese violet
Melayu: Ara songsang, rumput israel
Asystasia gangetica

                                               rata rata tumbuh meliar pokok ni.
                                                  ni daun yang kaknab baru kutip untuk arnab.

Pokok ni tumbuh liar di belukar2 dan cepat membiak, di ladang ladang kelapa sawit atau getah, ia memang menyusahkan pekebun2, kalau dibiarkan kebun akan menjadi semak samun. orang memanggilnya rumput israel mungkin sebab perangainya yang suka tumbuh dan cepat membiak macam israel menceroboh pelestin, agaknya lah sebab tu dipanggil rumpuh israel, tapi mungkin ada nama lain, orang2 tua lebih arif sebab pokok ni juga boleh dimakan dibuat sayur atau ulam, rasanya memang sedap, kaknab pun dah cuba pucuknya sebagai ulam. kaknab pagi2 memang selalu petik untuk arnab kaknab. daun ni memang kegemaran arnab. sebab senang dicari rata2 tumbuh meliar.