Showing posts with label Pokok goncaq buah goncaq daun goncaq. Show all posts
Showing posts with label Pokok goncaq buah goncaq daun goncaq. Show all posts

Thursday, 15 June 2023

Buah goncaq

 Kaknab kebetulan semalam google cari buah goncaq sebab hari ni hari khamis ingat kalau pi pasar tani, kalau jumpa daun goncaq nak beli sebab hari tu makan sedap pula.

Kebetulan masa jogging pagi tadi ternampak satu pokok agak besar juga buah bergayut lebat. Tanya kawan pokok apa tu ada buah pula boleh makan ka. Dia kata tu la buah goncaq, oh ni la buah goncaq yang mak kaknab dok cerita buah macam lada hitam kalau masak. Kalau makan sedap, kalau muda masam2 sikit.

Tudia umur dah 67 ni la pertama kali tengok pokok dan buah goncaq. 😁😁😁😁😁

Besar juga pokoknya. Nanti bila mak mai dok sini nak tunjuk kat dia pokok goncaq. Dia kata dia pun lama tak tengok buah goncaq sebab orang dah hapus pokok ni agaknya 





Buah goncaq


Sunday, 14 February 2016

daun gonchaq

pernah tengok dak pokok gonchaq. kata mak kaknab buah dia kecik2 macam buah  lada hitam.  sebenarnya, kaknab pun xpernah tengok pokoknya. kat kampung2 memang ada pokok ni. tapi pokok ni pun dah nak hampir2 pupus. macam mana lah kita nak tengok pokoknya, kita la ni tak dok di kampung. la ni kita dok di taman taman. tak ada kampung lagi dah rumah pun terrace, dinding hang dinding aku. betul tak.

tadi knab pi pasar tani, kalau nak tengok dan nak cari semua mak nenek ulam kampung yang tak pernah tengok dan dengaq pun, mai lah pasar tani sungai petani, macam2 ada.

ni daun gonchaq yang knab beli kat pasar tani. buat ulam sedapnya tak tau nak habaq. kalau nak rasa kena lah beli

ni la daun gonchaq