Monday 31 October 2011

daun mengkudu

daun mengkudu yang besar, kaknab ternampak kat batu pahat terus rakam gambarnya.. daunnya memang besar.

Sunday 9 October 2011

besarnya pokok mengkudu

ini ialah gambar yang kaknab rakam semasa ronda ronda ke tanjung harapan port kelang. pokok mengkudu ni ,mungkin pokok tua, dengan batangnya yang besar. tapi rendang.

pucuk meranti

on d way to shah alam ke rumaha anak, dari penang melalui pantai remis, kaknab tersinggah pasar malam kat sekincan kalau xsilap, di situ kaknab beli lah sayur2 kampung, pucuk paku dan pucuk meranti, pucuk paku memang selalu kaknab beli, tapi pucuk meranti, inilah pertama kali kaknab tengok daunnya, bila tanya pada pakcik yang juai, dia kata daun meranti, boleh dimasak lemak, rasanya pahit2 sikit tapi sedap. lalu kaknab beli seikat rm2/- hari ni kaknab pun masak lemak cili api,
                                                                   1 ikat rm2

                                                        bunganya kecil kecil
daun yang sudah siap di potong
ini ialah buahnya kecil2 juga


masak lemak cili api daun meranti yang sudah siap dimasak


kaknab dah makan pucuk meranti masak lemak cili api memang sedap. pahit pahit sedikittapi lemak.
 lain kali balik penang nak cari lah pokok ni, mesti ada punya. selama ni, xtahu namanya 
dan tak tahu pula boleh dibuat sayur.jum kaknab bagi resepinya.

1 bawang besar, 10 biji cili api, sedikit kunyit hidup, sedikit garamdan sedikit ikan bilis  ditumbuk lumat. dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi dengan sedikit minyak biar ia garing sedikit dan wangi
masukkan santan pekat 1 mangkuk, 1 keping asam keping, sayur meranti dan biar ia mendidih, kacau selalu supaya tidak berketul. bila daun sudah layu, angkat. ikan bilis buatkan kuahnya manis manis jadi kuranglah pahitnya. selamat mencuba.