Monday, February 25, 2013

pokok selaput tunggul

Ini ialah pokok selaput tunggui kata orang utara, pokok ni memang banyak terdapat di merata2 tepi parit, padang, tepi sungai. kaknab rakam pokok ni banyak terdapat kat tepi parit yang kaknab selalu memancing, kat Perda, Bukit Mertajam. sembang dengan mak kaknab pokok ni boleh menghentikan darah yang banyak keluar kalau luka ke cedera ke, maknanya, kalau kita dok tepi parit kalau luka, darah keluar, ambik daun ni upar upar di tapak tangan bagi hancur kemudian pedapkan kat tempat yang berdarah tu,

Lagi satu, daun selaput tunggul ni salah satu daripada ulam yang di gunakan membuat nasi ulam di kedah atau di penang. lembu dan kambing, arnab memang suka daun ni.

pokok selaput tunggul

pokok selaput tunggul

bunga selaput tunggul

Monday, February 18, 2013

pokok buah gajus

Ini ialah pokok gajus, pucuk daunny di buat ulam, isi gajus dibuat kerabu atau masak gulai dengan udang. biji gajus pula memang sedap. Kaknab cuma tengok pokoknya saja, tak pernah tengok buahnya pun, mungkin tak sempat kaknab nampak terus orang ambik. nanti lain kali kalau kaknab nampak buahnya atas pokok nanti kaknab rakam gambarnya.

rendang pokoknya.

pucuknya yang sedap dibuat ulam. 

Bunga Kantan

Kaknab kalau tak ada bunga kantan memang tak jadi buat laksa, kalau tak bubuh bunga kantan dalam kuah laksa tak dak umpph.

Ronda2 dengan basikal, balik dari memancing kaknab nampak pokok kat rumah kawan kaknab banyak bunga kantan yang dah kembang, awat depa tak ambik tak tau, biar sampai kembang. lalu kaknab minta kat dia 2-3 kuntum untuk masak, esok kaknab nak buat kerabu nenas dengan bunga kantan. sedap kerabu sebab bunga kantan yang wangi dan nenas yang manis.


yang ni belum kembang lagi.

pokok kantan yang rimbun

bunga kantan yang kembang. cantik kan