Monday, February 25, 2013

pokok selaput tunggul

Ini ialah pokok selaput tunggui kata orang utara, pokok ni memang banyak terdapat di merata2 tepi parit, padang, tepi sungai. kaknab rakam pokok ni banyak terdapat kat tepi parit yang kaknab selalu memancing, kat Perda, Bukit Mertajam. sembang dengan mak kaknab pokok ni boleh menghentikan darah yang banyak keluar kalau luka ke cedera ke, maknanya, kalau kita dok tepi parit kalau luka, darah keluar, ambik daun ni upar upar di tapak tangan bagi hancur kemudian pedapkan kat tempat yang berdarah tu,

Lagi satu, daun selaput tunggul ni salah satu daripada ulam yang di gunakan membuat nasi ulam di kedah atau di penang. lembu dan kambing, arnab memang suka daun ni.

pokok selaput tunggul

pokok selaput tunggul

bunga selaput tunggul

10 comments:

Shikamaru Kamarul said...

Kaknab..
Pokok ni boleh buat ubatkan...?

Shikamaru Kamarul said...

Pokok ni boleh buat ubatkan...?

suka suka said...

Salam Kak Nab.. tak tahu pun boleh dibuat ulam...

kaknab said...

boleh, buat ulam pun sedap, cubalah.

kaknab said...

wassalam suka suka, orang kedah biasa lah semua daun buat ulam hehehe, daun letup lah, daun kuku geruda lah. macam2 daun lagi.

ABAH said...

Saya kenal pokok ni...ttp saya tak pernah buat ulam. Kalau cicah dengan budu, sedap kot

SriKota Garden said...

Saya pernah dengar nama pokok ni, ia ubat darah tinggi kata bekas guru besar saya. Tapi tak kenal pokoknya. Thank you.

UmmiKami said...

Salam manis secangkir madu.. :)

Pulun menari menantu siapa,
Irama melayu berangkap puteri;
Bertahun ku cari baru terjumpa,
Nama mu mengungkap memori.

* Apakhabar Kak Nab ...masih ku ingat lagi =D

Mohd Hazayri said...

rasenya kenal pokok nie...suka tumbuh melata di dinding batu atau pagar yang terbiarkan kak nab?... tak perasan pulak saya boleh buat ubat dan ulaman

Anonymous said...

pokok ulan kata org Pahang. . . .tak tau pulak boleh buat ulam. . .