Thursday, September 27, 2012

sayur kat market bmertajam

sayur sayuran tersangatlah murah kat market bmertajam. semua ikat siap2, satu ikatn rm1.00.
kaknab kalau pergi tempat lain, rasa ralat nak bele sebab mahal sangat. beli lah sayur apa pun mesti murah.
kadang2 kaknab beli rm1.00 boleh masak dua kali. tengok ni daun pudina dengan daun sup punyalah murah.

rm1.00 daun pudina boleh buat ulam, sedap

Nama tempatan/Common names:  Daun Pudina, Peppermint
Nama botani/Botanic name:  Mentha Piperita

rm 1.00 daun sup baik untuk yang ada darah tinggi
 Nama Saintifik: Apium Graveolens
Nama Inggeris: Celery Leaves

Friday, September 21, 2012

bunga keembong - balsam plant

tak ada kerja, tengok pokok bunga keembong yang kembang mekar belakang umah kaknab, memang cantik. pokok ni tumbuh sendiri, nak cabut akarnya pun senang, ia jingkat saja di tanah, cepat membiak
tengok ni., cantik kan



daun ara tanah/susu nabi ubat mujarab kayap

Baru baru ni mak kaknab jadi kayap kat tengkok dia, kata orang kayap air, gatal gila. merenyam tak tahan. mak kaknab cuma ambik daun ara tanah/susu nabi upar upar di tapak tangan campur dengan bedak sejuk pedap dekat kayap tu. Ya Allah macam magic esok kayap mak kaknab terus kering. tinggal parut hitam2, pedap lagi dengan bedak sejuk jangan berhenti, lama2 parut hitam pun hilang sekali. pastu dalam telinga mak kaknab pun ada kayap kut, sebab dia rasa gatal2 tapi tak boleh nak buat apa, so mak kaknab ambik ara tanah dengan bedak sejuk, dia cuma pedap di luar telinga saja, sebab tak boleh nak bubuh ke dalam telinga, esok telinga diia terus kering tak rasaa gatal2 lagi. cuma dia rasa ada keruping2 kat dalam telinga, dia sapu lagi kat luar telinga, keruping pun hilang pelan2 gitu. Yang hairan, daun ara tanah ni mengandungi apa ye?, Wallahualam, boleh hilangkan kayap, sungguh mujarab. Tak payah p doktor, tak payah keluarkan duit, bedak sejuk pun mak kaknab yang buat sendiri. daun ara tanah, keliling rumah kaknab banyak, cabut saja. senang kan.

orang penang panggil pokok susu nabi entah kenapa ya. pandai pula bagi nama.