Friday, September 21, 2012

daun ara tanah/susu nabi ubat mujarab kayap

Baru baru ni mak kaknab jadi kayap kat tengkok dia, kata orang kayap air, gatal gila. merenyam tak tahan. mak kaknab cuma ambik daun ara tanah/susu nabi upar upar di tapak tangan campur dengan bedak sejuk pedap dekat kayap tu. Ya Allah macam magic esok kayap mak kaknab terus kering. tinggal parut hitam2, pedap lagi dengan bedak sejuk jangan berhenti, lama2 parut hitam pun hilang sekali. pastu dalam telinga mak kaknab pun ada kayap kut, sebab dia rasa gatal2 tapi tak boleh nak buat apa, so mak kaknab ambik ara tanah dengan bedak sejuk, dia cuma pedap di luar telinga saja, sebab tak boleh nak bubuh ke dalam telinga, esok telinga diia terus kering tak rasaa gatal2 lagi. cuma dia rasa ada keruping2 kat dalam telinga, dia sapu lagi kat luar telinga, keruping pun hilang pelan2 gitu. Yang hairan, daun ara tanah ni mengandungi apa ye?, Wallahualam, boleh hilangkan kayap, sungguh mujarab. Tak payah p doktor, tak payah keluarkan duit, bedak sejuk pun mak kaknab yang buat sendiri. daun ara tanah, keliling rumah kaknab banyak, cabut saja. senang kan.

orang penang panggil pokok susu nabi entah kenapa ya. pandai pula bagi nama.

11 comments:

Mohammad Syukri Badaruddin said...

Tq kak nab,
saya memang suka wat research pasal tumbuhan,
tapi tak pernah dgr rumput ni boleh sembuh kayap...

kaknab said...

sama2 kita kongsi. memang mujarab pokok ini.

aki said...

memang betul kaknab saya dah cuba dicelah kangkang sebab kena gatal lebam hitam ,bila kena sapu dengan daun ini 2 hari hilang gatal.

aki said...

ada satu lagi jenis pokok yang baik untuk dikongsikan iaitu pokok periuk kera ,daunnya amat berkesan untuk mengeraskan alat sulit lelaki.

yayath said...

Salam..maaf kak.nak tanye..kat mane ye boleh dapat pokok ni? tq :)

Anonymous said...

Camne ek nk guna daunnya tu,, lau nk besar cenang x sampai 2mnt pon bleh buat,,memang jadi,,,,

shafri arni said...

satu lagi kegunaan pokok ni ialah ia boleh menghilangkan ketuat. caranya, patahkan batang, getah (putih seperti susu akan keluar), sapukan getah tersebut pada tempat yang ada ketuat. ulang tanpa jemu. pokok ni tepi - tepi rumah, tepi - tepi longkang banyak, bila nampak,ambil, patahkan dan sapu. Insya allah ketuat hilang.

shafri arni said...

satu lagi kegunaan pokok ni ialah ia boleh menghilangkan ketuat. caranya, patahkan batang, getah (putih seperti susu akan keluar), sapukan getah tersebut pada tempat yang ada ketuat. ulang tanpa jemu. pokok ni tepi - tepi rumah, tepi - tepi longkang banyak, bila nampak,ambil, patahkan dan sapu. Insya allah ketuat hilang.

kaknab said...

maaf lambat jwb, sebab jarang masuk blog. byk terdapat kat laman rumah. selalu pokok ni tumbuh sekali dengan rumput rumput di padang.

Dahlia Din said...

Maksud mu pokok ara tanah nie ke?

Dahlia Din said...

Maksud mu pokok ara tanah nie ke?