Showing posts with label kunyit. Show all posts
Showing posts with label kunyit. Show all posts

Thursday, 29 September 2022

pokok kunyit

 Ni ialah pokok kunyit yang suami maknab tanam. daun lebar dan tinggi. subur betul pokok ni.

suami maknab bubuh baja perut ikan yang maknab siang, dia tanam sebab tu pokok sayur semua gemuk gemuk dan sihat



tu sebelahnya pokok pudina yang suami tanam guna kaedah hydroponic ka entah apa orang panggil, maknab tak berapa pandai bab tanam pokok ni. pudina ni ditanam tidak menggunakan tanah. 

Friday, 11 June 2010

kunyit/Curcuma longa Linn

kunyit

tanpa kunyit hidup didalam masakan asam pedas ianya akan menjadi hambar. tak sedaplah tu .

hasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya. memang sedap berulamkan kunyit, tapi awas gigi nanti kuning.

Melancarkan Perjalanan Darah

1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.