Tuesday 15 September 2015

Ulam ulaman


Hari Ahad, pasar tani sungai petani, yang kat tepi sungai tu, ada menjual bermacam2 sayur dan ulam kampung. Memang semua ada. Daun yang kita tak pernah dengar dan lihat pun ada.

Kaknab yang suka makan ulam2 dan sayur kampung, xlepas peluang membeli ulam2 dan sayur kampung

Daun kudu

Buah putat

Daun gelenggan kecik

Daun tunjuk langit


Daun peria pantai

Friday 11 September 2015

Buah beka

Hari ini baru kaknab tahu buah ini boleh dimakan. Menurut penjual sayur buah ni, sedap buat kerabu. Lalu kaknab beli balik buat kerabu. Memang sedap pun, rasanya pahit pahit lemak. Bunga betik buat kerabu pun pahit, tapi yang ini pahit sedap.

Bila kaknab google nak tengok pokok
beka ni, baru tahu mungkin biasa tengok pokok ni sebelumnya cuma tidak tahu namanya dan boleh dimakan.

Nipis dan panjang buahnya


Dah siap buat kerabu

Ini ialah pokoknya yang kaknab google dan copy n paste.
Pokok beka ihsan dari website

Saturday 5 September 2015

pokok bidara

Masa kaknab pi terengganu rumah besan, kaknab ada naik sampan dari seberang takir ke pasar payang. masa nak ke jeti kebetulan ada pokok bidara yang ditanam dalam kawasan surau dekat dengan jeti seberang takir. Kaknab memang dok cari pokok ni, kaknab pun ambil gambar untuk dimuat naik di blog ni.



buah bidara


Daun bidara orang guna untuk memandikan mayat. dikatakan dia boleh melembutkan mayat yang  dah keras,. buahnya boleh dimakan, kaknab pun dah lupa macam mana rasanya, kerana kecik2 saja dok makan, dah tua macam ni, xpernah rasa pula buahnya.