Saturday, January 19, 2013

pokok kudu hidup dalam simen parit

Tadi petang kaknab pi memancing, dalam dok baling rod, terpandang pokok kudu yang tertumbuh dekat simen parit. dalam simen pun dia boleh hidup, kecik je pokok tu, tapi ada buah yang dah masak, sayang kaknab tak boleh ambik buahnya, kalau tidak buah ranum macam tu blender minum dengan madu memang bagus. Sebab pokok tu tumbuh belah sana parit, memang agak susah sikit nak ambik sebab kena seberang parit tu .



Sunday, January 13, 2013

daun pecah beling

Assalamualaikum semua, lama kaknab tak masuk blog ni, sebab tak ada article yang nak dipostkan, tapi hari ini, kaknab ada petik daun pecah beling untuk mak kaknab yang ada batu kat hempedu, nak cuba minum air ni, tapi mak kaknab tak lah rasa sakit sangat, cuma kadang2 macam ada angin, dia kata macam seluap, kaknab pun tak paham macam mana, cuma dia sorang saja yang tahu, tapi bukan selalu dia rasa macam tu, hari tu, p hospital depa dah scan memang ada banyak batu kecik2 dalam hempedunya, kata doktor kalau tak sakit sangat, tak payah buat apa, sebab faktor umur, mak kaknab dah hampir 83 tahun ni, jadi kita berubat secara tradisional lah, ye. 

daun pecah beling ni nanti mak kaknab rebus daunnya dan batang sekali dengan 3 gelas air, rebus sampai air tinggal 1/2 gelas gitu. kemudian minum. daun ni, banyak kat perkep IPD. tak apa hari2 mak kaknab boleh rebus minum airnya.