Tuesday, April 26, 2011

ara tanah/susu nabi

Nama botani : Euphorbia Hirta Linn.
Famili : Euphorbiaceae
nama tempatan: ara tanah/susu nabi

emak kaknab panggil pokok susu nabi. ada juga yang panggil ara tanah. Ia adalah pokok liar setinggi 30 cm. selalu tumbuh liar di tepi rumah. keseluruhan pokok ini mempunyai bulu bulu halus, setiap dua daun ada bunga yang halus.

emak kaknab hanya menggunakan keseluruhan pokok ini untuk mengubat kayap pada badan bapa kaknab. caranya dengan menggiling lumat keseluruhan tangkai pokok ini di campur dengan bedak sejuk kemudian pedap pada kayap. memang mujarap kayap akan kering dengan cepat pada keesokan hari. Ia juga boleh diguna untuk kurap dan gatal2 di kulit.

Monday, April 25, 2011

daun cerita (hempedu bumi)

alkisah maka hempedu bumi atau daun cerita telah menjadi ubat kencing manis kaknab. hari tu minggu sudah pi hospital setelah ujian darah, kaknab disahkan ada kencing manis. wpun tidak tinggi, dah kena buat kad hijau untuk rawatan susulan, doktor bagi ubat metformin 1/2 biji pagi 1/2 malam, lalu kaknab ambik sehelai daun cerita (hempedu bumi) direndam dalam air panas hingga air sejuk, minum, kaknab masuk air panas lagi sekali untuk kali kedua, jadi 2 cawan sekali minum. pagi dan malam. hiiiiii pahitnya tak tau nak cakap. rasa tak sanggup nak minum, tapi nak control gula dalam darah terpaksa lah minum juga. lagi 2 bulan kaknab akan ke klinik check paras gula, kita tengok nanti perkembagannya adkah gula dlm darah boleh turun.

Tuesday, April 19, 2011

ulam pembuka selera

ni adalah ulam2 favourite kaknab. petai jering, dan genuaq (kerdas). kebetulan terbeli jering yang tua, apa lagi kena rebus lah pula, lagi sedap macam makan ubi, kena pula dengan sambal belacan tempoyak, memang uumph.

Saturday, April 9, 2011

Crepe Myrtle (LAGERSTROEMIA INDICA)

pokok bunga ni banyak ditanam tepi pagar berek IPD, kat rumah kaknab. Sudah lama kaknab nak ambik gambar bunga ni, tapi tahun sudah, bunga tak menjadi sebab banyak dimakan ulat, belum sempat jadi bunga habis dimakan ulat. tahun ni, menjadi pula, barangkali tak ada ulat kut. pagi ni keluar jogging, kaknab memang selalu bawa camera. tengok bunga purple yang begitu lebat dan cantik. tapi melayu panggil bunga apa tak tau. sapa tau boleh lah bagi tau kaknab ye.