Tuesday, April 26, 2011

ara tanah/susu nabi

Nama botani : Euphorbia Hirta Linn.
Famili : Euphorbiaceae
nama tempatan: ara tanah/susu nabi

emak kaknab panggil pokok susu nabi. ada juga yang panggil ara tanah. Ia adalah pokok liar setinggi 30 cm. selalu tumbuh liar di tepi rumah. keseluruhan pokok ini mempunyai bulu bulu halus, setiap dua daun ada bunga yang halus.

emak kaknab hanya menggunakan keseluruhan pokok ini untuk mengubat kayap pada badan bapa kaknab. caranya dengan menggiling lumat keseluruhan tangkai pokok ini di campur dengan bedak sejuk kemudian pedap pada kayap. memang mujarap kayap akan kering dengan cepat pada keesokan hari. Ia juga boleh diguna untuk kurap dan gatal2 di kulit.

No comments: