Saturday, August 22, 2015

Pucuk daun geli geli

Pucuk daun geli2 satu ikat seringgit

Daun dari dekat


Ni lah pucuk daun geli2 yg knab beli. Knab pun xpernah tengok pun. Dah tua macam ni pun xpernah tengok dan tak kenal pokok ni. Seikat 1.00.  Knab beli dua ikat. Seikat buat masak lemak cili api, lagi seikat rebus buat ulam

Sedap juga daun rasanya lebih kurang pucuk paku tapi lebih sedap dari pucuk paku.

Thursday, August 13, 2015

Tanaman ku

Tanah kaki lima belakang rumah kaknab sudah dibersihkan oleh contractor kebersihan. Habis pokok2 yang ditanam ditolak dengan bulldozer.
Segala pokok yang besar dan yang merenek tidak ada satu yang tinggal.

Kaknab tak tanam pokok besar, cuma pokok serai, lengkuas, kunyit, kesum, pandan dan pokok cekor. Tapi sebelum ditolak depa suruh ubah pokok ke dalam pasu. Jadi inilah pokok2 kaknab
Yang kaknab pindah ke dalam bekas.
Gemok2 daun kunyit, pokok kari pula hijau segar.