Sunday, January 13, 2013

daun pecah beling

Assalamualaikum semua, lama kaknab tak masuk blog ni, sebab tak ada article yang nak dipostkan, tapi hari ini, kaknab ada petik daun pecah beling untuk mak kaknab yang ada batu kat hempedu, nak cuba minum air ni, tapi mak kaknab tak lah rasa sakit sangat, cuma kadang2 macam ada angin, dia kata macam seluap, kaknab pun tak paham macam mana, cuma dia sorang saja yang tahu, tapi bukan selalu dia rasa macam tu, hari tu, p hospital depa dah scan memang ada banyak batu kecik2 dalam hempedunya, kata doktor kalau tak sakit sangat, tak payah buat apa, sebab faktor umur, mak kaknab dah hampir 83 tahun ni, jadi kita berubat secara tradisional lah, ye. 

daun pecah beling ni nanti mak kaknab rebus daunnya dan batang sekali dengan 3 gelas air, rebus sampai air tinggal 1/2 gelas gitu. kemudian minum. daun ni, banyak kat perkep IPD. tak apa hari2 mak kaknab boleh rebus minum airnya. 


13 comments:

suka suka said...

Salam Kenal Kak Nab..untuk batu hempedu pun boleh ya? Saya pun ada pokok ni.. Pokok ni byk nama la ni.. Kat sini panggil pokok pecah kaca

kaknab said...

salam perkenalan kembali, memang ada orang panggil pokok pecah kaca, untuk batu hempedu memang bagus, daun dia kasar2 dan kesat, lagi satu daun senduduk pun bagus untuk batu karang, rebus dan minum airnya macam daun pecah beling juga.

kaknab said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Juridah Idah said...

salam kak nab..memang mujarabkah minum daun pecah beling untuk pecahkan batu di hempedu?

kaknab said...

salam juridah Idah, kaknab tak tau mujarab ke tak sebab mak kaknab belum pi check lagi. tapi kawan kaknab cakap husband dia minum air ni. batu memang dah tak ada lagi. jadi kaknab nak bagi mak minum hari2.

Juridah Idah said...

salam kak nab.kalau di minum air rebusan daun pecah beling hari2,tak beri kesan kah kepada hati?adakah kak nab bagi pantang makan mak kak nab selama mengamal minum air rebusan daun pecah beling

Juridah Idah said...

salam kak nab.kalau di minum air rebusan daun pecah beling hari2,tak beri kesan kah kepada hati?adakah kak nab bagi pantang makan mak kak nab selama mengamal minum air rebusan daun pecah beling.berapa lama kawan kak nab minum air rebusan daun pecah beling?

Shikamaru Kamarul said...

Kak... mane nak dapat pokok ni ya..?

Anonymous said...

as salam kak mana nak dapat pokok ni ya..

knor azmiey said...

saya ada menanam pokok pecah kaca ni di perkarangan Masjid Al Ikhwaniah di Taman Cheras Utama datanglah mengambilnya bagi tujuan perubatan. tiada apa apa bayaran cuma sedekah ihlas kpd tabung masjid. Hj Azmi knorazmiey@gmail.com

abd malik said...

Assalam kak...betul ke daun pecah beling ada dua jenis...sy ada tanam dua jenis..satu daun yg kecil hijau tua pnjg 8 cm dan lebar 5 cm...satu lagi daun nye ukuran lbih besar cikit..hijau muda.....yg mana lebih baik

SHAHRUL NIZAM said...

Ada Pakcik kat Kuala Pilah,nama pak awang buat minum free air pecah kaca ni. Saya tgk pokok daun pecah kaca yg ditanam 4 ekar katanya. Pokok tersebut saya tgk hijau muda. Mmg ramai orang pg sana. Saya pernah minum daun yg hijau tua. Lepas tu mcm pening2 je.. Kesimpulannya hijau muda lg baik.

Zul Dila said...

saya ada menjual daun pecah kaca atau daun pecah beling yang kering atau yang basah... whatsapp 0197234228