Tadi pi guar cempedak pasar sehari jumpa Ada orang juai sayur hia. Dia macam ulam raja DAUN dia tapi bau wangi2 macam herba. Hari NI maknab rebus buat ulam saja. Sedap daun ni Cina suka makan. Depa goreng macam sayur kangkung. Goreng DENGAN TELUR, halia.
Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
Wednesday, 8 January 2025
Friday, 1 March 2024
Pokok puding belacan
Ni pokok puding belacan. dikatakan daun puding belacan boleh melembutkan daging. Pokok ni maknab ambil gambar di rumah jiran sebelah.
Wednesday, 3 January 2024
Aneka jenis ulam ulaman
Kalau yang suka makan nasi berulam, memang mesti cari berbagai jenis ulam.
Ada ulam maknab beli dekat pasar tani sungai petani, ada ulam suami tanam sendiri.
Daun ulam ajimoto dan daun selom suami tanam. Yang lain beli kat pasar tani
Friday, 22 December 2023
Pokok makasar dan pokok melada pahit
![]() |
| Ni pokok makasar |
Ini pokok renek tumbuh liar. Maknab jumpa pokok ni. Buah kecil2 macam buah keriang lada dan buah goncar. Tapi bila maknab rasa buahnya yang masak berwarna hitam pahit. Kalau buah keriang lada dan buah goncar rasa dia manis manis.
Bila google cari pokok ni namanya pokok makasar. Dalam face book ada orang post pokok buah hitam macam ni pokok melada pahit. Pahit juga katanya. Tak tahu pokok yang sama atau tapi nama lain
![]() |
| Ni pokok melada pahit |
Tapi kedua buah pokok ni berwarna hitam dan rasa nya pahit.
Tuesday, 17 October 2023
Pokok maman pasir
Ini pokok maman pasir. Simpan gambar pokok ni. Lain kali kalau jumpa boleh kenal. Kadang pokok ni tumbuh meliar. Nampak macam pokok rumput atau weeds kalau kita tak tau, kita nanti buang.
Boleh buat maman jeruk.
Thursday, 15 June 2023
Buah goncaq
Kaknab kebetulan semalam google cari buah goncaq sebab hari ni hari khamis ingat kalau pi pasar tani, kalau jumpa daun goncaq nak beli sebab hari tu makan sedap pula.
Kebetulan masa jogging pagi tadi ternampak satu pokok agak besar juga buah bergayut lebat. Tanya kawan pokok apa tu ada buah pula boleh makan ka. Dia kata tu la buah goncaq, oh ni la buah goncaq yang mak kaknab dok cerita buah macam lada hitam kalau masak. Kalau makan sedap, kalau muda masam2 sikit.
Tudia umur dah 67 ni la pertama kali tengok pokok dan buah goncaq. 😁😁😁😁😁
Besar juga pokoknya. Nanti bila mak mai dok sini nak tunjuk kat dia pokok goncaq. Dia kata dia pun lama tak tengok buah goncaq sebab orang dah hapus pokok ni agaknya
![]() |
| Buah goncaq |
Thursday, 23 February 2023
Umbut tepus
Tadi pi pasar malam kat taman bandar baru sg lalang, ada orang juai sayur ni. Maknab tanya panggil apa, dia kata umbut tepuih, maknab pun google. Ooo dipanggil tepus.
Maknab try makan mentah, memang sedap rasa yang cukup unik dengan pedaq pedaq (ni bahasa kedah). Orang kedah muncul mai.
Esok maknab nak buat kerabu
Sunday, 12 February 2023
pokok ajinomoto
Thursday, 26 January 2023
Pokok jelai atai pokok tasbih atau pokok manik
Pernah tak tengok pokok ni. Dulu kecik2 klu jumpa pokok ni mesti kutip buahnya nak buat manik boleh buat rantai.
Dah beepuluh tahun tak tengok pokok ni. Tadi maknab jumpa kat rumah kawan dia tanam sebab pokok ni boleh jadi ubat katanya.
Saturday, 1 October 2022
sayur cekur manis
saja post hari ni sebab blog ni banyak sawang sebab lama tak masuk.
ni pokok sayur cekur manis atau pokok asin asin kata orang kedah.
kalau nak makan jenuh juga. tapi sayur ni angin kata orang, tak tau lah maknab makan tak angin pula. jadi kalau nak bagi kat jiran jiran ada yang tak mau
Thursday, 29 September 2022
pokok kunyit
Ni ialah pokok kunyit yang suami maknab tanam. daun lebar dan tinggi. subur betul pokok ni.
suami maknab bubuh baja perut ikan yang maknab siang, dia tanam sebab tu pokok sayur semua gemuk gemuk dan sihat
tu sebelahnya pokok pudina yang suami tanam guna kaedah hydroponic ka entah apa orang panggil, maknab tak berapa pandai bab tanam pokok ni. pudina ni ditanam tidak menggunakan tanah.
Thursday, 4 August 2022
Pokok menerung umbut
Pokok menerung atau rumput segi tiga. Rumput rampai ni banyak terdapat di tanah lembab macam dekat sawah padi.
Monday, 1 August 2022
pokok daun kari
ni pokok daun kari maknab yang suami tanam. gemuk gemuk daun dia, hijau segar, orang kalau lalu tanya, abang zainal guna baja apa, pokok semua gemuk dan sihat. abang zainal guna baja taik ayam, dan tiap kali maknab siang ikan, suami akan ambil perut ikan tanam dalam tanah dijadikan baja, tu ja. tanah belakang rumah maknab banyak cacing, cacing tu yang buat tanah elok.
Friday, 22 July 2022
pisang lemak manis yang suami tanam
Hari ni suami tebang pisang yang sudah tua. Dua tiga biji dah dimakan burung. Besar juga tandannya.
Suami potong dan maknab agihkan jiran2 rasa pisang sulung. Dok ingat pisang emas, kata jiran sebelah rumah ini pisang lemak manis. Pisang lemak manis ni lebih besar dari pisang emas. Ada juga nama pisang jenis ni. Maknab bab nama pisang memang fail. Yang maknab kenal pisang emas, pisang awak, pisang raja, pisang nangka, pisang tanduk. Yang lain blur blur juga.
Thursday, 7 July 2022
sayur ;labu
Suami tanam pokok labu. sudah pun berbuah, semalam kaknab masak lemak labu. Sebenarnya pokok labu ni tiba tiba hidup dan subur, suami pun tak ingat bila dia semai. Berbuah 3 biji. Semalam ambil sebiji tinggal lagi 2 biji.
Selalu maknab dok beli buah labu. dah lama kat kedai kan tak segar lagi. Ini buah baru elok isinya. Bila masa amboi mak sedapnya.
Dengan manis dan kenyal isinya.
7/7/22
Monday, 20 June 2022
Bunga dan buah letup
20/6/22
Tak tahu orang lain panggil apa. Tapi maknab panggil buah ni buah letup. Sedap dimakan kalau masak kuning.
Sunday, 24 April 2022
Pucuk putat nasi
24/4/22
Ni daun pucuk putat nasi. Pokok nak orang ambik daun saja buat ulam. Pokok putat lain orang ambik buah Juga dan daun sekali.
Daun sekentut
24/4/22
Ni daun sekentut. Musim posa saja orang juai kat pasar tani sebab orang buat nasi ulam. Kalau tak ada daun sekentut dalan nasi ulam rasa hambar ja tak sedap lah. Dulu kecik2 kaknab selalu ambik daun sekentut upar kat tangan sampai hancur bila keluar bau cium sedap baunya. Tak tau kenapa orang panggil daun sekentut.
Thursday, 31 March 2022
Pucuk daun bai
31/3/22
Baru hari ni maknab dengar dan tengok daun ni ada jual kat pasar tani spetani. Kat sini memang macam daun dan ulam2 yang jual sebab orang kedah kan kaki makan ulam termasuk la mak nab. Kata orang jual tu nama daun ni daun bai. Macam ejanya pun maknab tak tau.





















