Kalau yang suka makan nasi berulam, memang mesti cari berbagai jenis ulam.
Ada ulam maknab beli dekat pasar tani sungai petani, ada ulam suami tanam sendiri.
Daun ulam ajimoto dan daun selom suami tanam. Yang lain beli kat pasar tani
Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
Kalau yang suka makan nasi berulam, memang mesti cari berbagai jenis ulam.
Ada ulam maknab beli dekat pasar tani sungai petani, ada ulam suami tanam sendiri.
Daun ulam ajimoto dan daun selom suami tanam. Yang lain beli kat pasar tani
![]() |
| Ni pokok makasar |
Ini pokok renek tumbuh liar. Maknab jumpa pokok ni. Buah kecil2 macam buah keriang lada dan buah goncar. Tapi bila maknab rasa buahnya yang masak berwarna hitam pahit. Kalau buah keriang lada dan buah goncar rasa dia manis manis.
Bila google cari pokok ni namanya pokok makasar. Dalam face book ada orang post pokok buah hitam macam ni pokok melada pahit. Pahit juga katanya. Tak tahu pokok yang sama atau tapi nama lain
![]() |
| Ni pokok melada pahit |
Tapi kedua buah pokok ni berwarna hitam dan rasa nya pahit.
Ini pokok maman pasir. Simpan gambar pokok ni. Lain kali kalau jumpa boleh kenal. Kadang pokok ni tumbuh meliar. Nampak macam pokok rumput atau weeds kalau kita tak tau, kita nanti buang.
Boleh buat maman jeruk.
Kaknab kebetulan semalam google cari buah goncaq sebab hari ni hari khamis ingat kalau pi pasar tani, kalau jumpa daun goncaq nak beli sebab hari tu makan sedap pula.
Kebetulan masa jogging pagi tadi ternampak satu pokok agak besar juga buah bergayut lebat. Tanya kawan pokok apa tu ada buah pula boleh makan ka. Dia kata tu la buah goncaq, oh ni la buah goncaq yang mak kaknab dok cerita buah macam lada hitam kalau masak. Kalau makan sedap, kalau muda masam2 sikit.
Tudia umur dah 67 ni la pertama kali tengok pokok dan buah goncaq. 😁😁😁😁😁
Besar juga pokoknya. Nanti bila mak mai dok sini nak tunjuk kat dia pokok goncaq. Dia kata dia pun lama tak tengok buah goncaq sebab orang dah hapus pokok ni agaknya
![]() |
| Buah goncaq |
Tadi pi pasar malam kat taman bandar baru sg lalang, ada orang juai sayur ni. Maknab tanya panggil apa, dia kata umbut tepuih, maknab pun google. Ooo dipanggil tepus.
Maknab try makan mentah, memang sedap rasa yang cukup unik dengan pedaq pedaq (ni bahasa kedah). Orang kedah muncul mai.
Esok maknab nak buat kerabu
Pernah tak tengok pokok ni. Dulu kecik2 klu jumpa pokok ni mesti kutip buahnya nak buat manik boleh buat rantai.
Dah beepuluh tahun tak tengok pokok ni. Tadi maknab jumpa kat rumah kawan dia tanam sebab pokok ni boleh jadi ubat katanya.
saja post hari ni sebab blog ni banyak sawang sebab lama tak masuk.
ni pokok sayur cekur manis atau pokok asin asin kata orang kedah.
kalau nak makan jenuh juga. tapi sayur ni angin kata orang, tak tau lah maknab makan tak angin pula. jadi kalau nak bagi kat jiran jiran ada yang tak mau
Ni ialah pokok kunyit yang suami maknab tanam. daun lebar dan tinggi. subur betul pokok ni.
suami maknab bubuh baja perut ikan yang maknab siang, dia tanam sebab tu pokok sayur semua gemuk gemuk dan sihat
tu sebelahnya pokok pudina yang suami tanam guna kaedah hydroponic ka entah apa orang panggil, maknab tak berapa pandai bab tanam pokok ni. pudina ni ditanam tidak menggunakan tanah.