Friday, July 16, 2010

bunga senduduk

buah senduduk
bunga senduduk

pernah kah makan buah senduduk, dulu kalau balik sekolah, masa tunggu bas sekolah, memang cari buah senduduk yang masak untuk dimakan, sampai lidah pun ungu, buah senduduk bukanlah sedap sangat, rasa manis manis kelat, masih ingat ke pantun dulu dulu, xtau pantun ni betul ke x maksudnya, orang dulu memang pandai buat pantun mungkin juga betul dengan maksudnya.

apa bila langsat sudah berbuah
senduduk tidak berbunga lagi
apabila dapat gading bertuah
tanduk tidak berguna lagi.

betul kah kalau langsat dah berbuah senduduk tidak berbunga lagi, entah lah, kaknab dari kecik xpernah pun tengok pokok langsat, dah dewasa, dah kawin dengan orang muar baru lah kenal pokok langsat, jakunnya aku hehehe, kat tanjung tokong mana ada pokok langsat, yang ada cuma rambutan, durian, sete(sentul), manggis, jadi kaknab xtaulah senduduk betul ke merajuk dekat pokok langsat, apa pun fikir fikir lah sendiri.

1 comment:

irtiar said...

saya inigin bertanya...ada ke daun yang boleh ubat mata yang rabun teruk..ada orang kata nama daun tu daun seta (orang terenganu sebut daun 'sete')...