Friday, July 23, 2010

daun sekentut

nama saintifiknya: paederia foetida
dari famili: Rubiaceae
nama tempatan: sekentut


Mungkin anda rasa pelik kalau kaknab kata kaknab paling suka bau daun sekentut, hehehehe lawak kan.
Kata orang daunnya busuk, sebab itulah dinamakan  sekentut, mungkin macam bau kentut ke, hish xmanis lah tapi bukan kaknab yang panggil, dari dulu lagi  orang yang panggil. Kaknab kalau jumpa akan ramas2 daunnya untuk mendapat baunya. daun sekentut merupakan daun  utama untuk nasi ulam, disamping daun cekur, daun lemuni, daun cemumar, daun kunyit dan daun putat dan daun limau purut.  Kalau xdimasukkan daun sekentut dalam nasi ulam, xsempurnalah resepinya, bau dan rasa kureng uumph. Dulu memang selalu terdapat daun sekentut kat kampung kampung, ia ada lah pokok jenis menjalar, tapi kaknab sudah lama xterjumpa pokok ini lagi, adakah ia akan pupus. Masa kaknab kecik2, dok dekat tanjung tokong, banyak daun sekentut kat tepi2 bukit pak din, kaknab selalu ambik pucuknya buat ulam. Di katakan daun sekentut mampu membuang angin dalam badan, kalau sesiapa yang rasa xselesa macam perut kembong2 gitu, cubalah makan daun sekentut, kalau lalu, bagi kaknab ianya daun yang membuka selera nasi.

No comments: