Tuesday, February 14, 2012

belimbing buluh


Belimbing buluh atau nama saintificnya Averrhoa bilimbi L.OXALIDACEAE. Rasanya yang masam masam boleh di makan mentah, dicampur dengan sambal belacan, dimasak dengan masak lemak cili api. boleh dijeruk dengan garam kemudiam dijemur hingga kering, sedap dibuat acar, kenduri kahwin selalu ada menu ini. Selain digunakan dalam masakan, buahnya turut digunakan sebagai pembersih kuku, pencuci logam dan menanggalkan kekotoron. dulu masa kecil kaknab ada mengambil upah belah biji janggus, apabila kami basuh tangan dengan minyak tanah, untuk menghilangkan getah biji janggus, akhir sekali kami akan membilas tangan dengan belimbing buluh.

No comments: