Thursday 20 December 2012

Buah Cermai




Buah cermai, atau nama saintifiknya phyllanthus acidus adalah pokok yag boleh mencapai ketinggian 50 kaki tinggi. buahnya yang masam, jarang orang makan mentah, selalunya dibuat jeruk atau pincuk, pincuk ialah campuran buah cermai dengan cabai, belacan, gula dan  garam, tumbuk semua sekali kalau tak mau sakit perut, hendaklah ditumbuk sekali dengan bijinya insyaAllah makan banyak pun tak sakit perut. 

Jus buah cermai, sangat baik untuk menghilangkan batuk, tapi masamlah kalau nak minum campur sedikit gula putih atau gula merah, memang mujarab. Daun cermai direbus dan minum airnya boleh menurunkan tekanan darah tinggi, juga boleh menguruskan badan, kaknab sendiri pun tak pernah minum air daun cermai, dengar saja orang cerita, lagi pun kaknab tak adalah nak turunkan badan. kalau badan memang naik kaknab pun ingin mencubanya mana lah tahu memang menjadi.


1 comment:

Unknown said...

KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

3 BAHAN AKTIF PENTING

FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak