Wednesday 19 December 2012

Ubi Kemili

Semalam kaknab p market Bukit Mertajam, ternampak orang jual ubi kemili sekilo rm5. Kaknab kalau nampak je ubi kemili mesti beli punya, 1/2 kilos cukup lah kaknab sorang yang nak makan, dalam rumah ni tak dak sapa pun yang suka ubi kemili kecuali kaknab saja. 1/2 kilo, rebus pun jenuh lah kaknab nak perhabis ubi cekonit ni. rasa dia memang sedap. tak tau pasai apa depa dalam rumah kaknab tak pandai makan. ish ish ish rugi banyak la sapa tak lalu,


4 comments:

suka suka said...

salam kenal kak nab..tak pernah saya makan ubi ni..apa rasanya ya?

kaknab said...

wassalam saya suka, ubi ni memang sedap rasanya yang unik diia punya rasa tersendiri, bagi kaknab lebih sedap dari ubi kentang. terima kasih

hartanahmuslim said...

kat kelate kito org panggil ubi keling

TheScribe said...

Dah lama saya cari ubi ni dan akhirnya jumpa di Ayer Hitam,Johor.

Sebenarnya ditanam di Benut,dekat Pontian tapi petani2 jual secara kontrak kepada gerai2 di Ayer Hitam. Puas saya cari di Benut tapi langsung tak nampak bayang. Murahnya dijual di BM sbb di Ayer Hitam paling murah RM7.50 sekilo. Biasanya gerai2 tersebut jual ngan harga yg tinggi,ia itu RM10 sekilo. Mungkin dia untung RM9 sekilo kut LOL.

Saiz yang puan beli bagus sekali kerana sederhana besar. Di gerai2 Ayer Hutam tu siaz sederhana tak banyak. Yang byk size kecil2 yg kurang manis. Yang terlalu besar seperti makan ubi kentang pula.

Saya amat suka baunya. Saya percaya ubi kemili ini sangat baik untuk kesihatan. Kadang2 apabila ada stock saya cuma kukus ubi ini dan sepanjang hari makan ubi dan buah2an saja