Wednesday 4 August 2010

asam karAnda

Nama Tempatan:Asam Kerenda
Nama Saintifik:Carissa caranda
Nama Lain:karanda(English), caranda plum,Cu Huang Guo (china)
Famili:Apocynaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan tempatan
Asal:India

keterangan:

Asam kerenda merupakan sejenis tumbuhan tempatan yang
biasa kita jumpai dikampung-kampung . Ia biasa di
tanam sebagai tumbuhan hiasan laman. Buahnya yang
masam biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak kampung.
Ia merupakan sejenis sejenis tumbuhan renek separa
menjalar. Ini bermaksud jika rantingnya dibiarkan
panjang dan tidak dipangkas ia juga boleh menjalar
dan memanjat sebarang sokongan yang berhampiran
dengannya sama seperti pokok bunga kertas.Pokok asam
kerenda berasal daripada India namun kini ia telah
menjadi tumbuhan tempatan di Malaysia.
Daun asam kerenda berwarna hijau tua dengan permukaan
daunnya berkilat. daunnya agak kecil. Bunganya pula
berwarna putih dan mempunyai bau yang agak
wangi.Buahnya kecil-kecil, berwarna hijau ketika
muda, bertukar menjadi merah apabila masak dan
akhirnya menjadi merah kehitaman apabila telah masak
ranum.selain daripada dimakan secara mentah buahnya yang masak juga boleh dijadikan jem.
Pembiakan asam kerenda boleh dilakukan melalui cara biasa iaitu keratan batang dan biji benihnya

DAUN POKOK KARANDA
BUNGA KARANDA
BUAH KARANDA DI TANGKAIBUAH KERANDA



MAKLUMAT INI KAKNAB DAPAT DARI MELOR.COM. MINTA MAAF TUAN RUMAH XMINTA IZIN. KERANA BUAH INI HAMPIR PUPUS INI IALAH UNTUK PENGETAHUAN UMUM. GAMBARNYA KAKNAB DAPAT DARI TROPICAL PLANT CATALOG. THANKS FOR THE PICTURE.

No comments: