Thursday 12 August 2010

pokok tunjuk langit


nama tempatan: tunjuk langit
nama saintifik: Swietenia macrophylla
family: Meliaceae.

pokok tunjuk merupakan pokok herba yang begitu berkhasiat, biji yang terdapat dari buahnya boleh mengubatkan penyakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan resdung.
Ia merupakan pokok hutan yang boleh mencapai ketinggian sehingga 60 meters (195 kaki).dengan keliling diameter lebih kurang 1.9 meter. satu pokok yang matang boleh mengeluarkan 200 buah yang mampu mengeluarkan 4 kg biji. setiap buah boleh menghasilkan 35-71 biji yang tua. untuk mencapai ke tahap matang mengambil masa lebih kurang 6-9 bulan, ia berbuah hanya setahun sekali, bermula bulan jun, dan apabila tua buah akan pecah dengan sendiri dan menaburkan biji di tanah. buahnya yang betul2 tua akan dipetik supaya tidak jatuh ketanah. akarnya sahaja boleh menjejak hingga 200 kaki ke bawah, dengan itu ia mengandungi segala zat zat mineral menyebabkan buahnya begitu berkhasiat untuk perubatan. Untuk mengeluarkan buah ia memerlukan masa matang selama 10 tahun, lama tu. jenuh juga kalau tanam nak dapatkan buahnya.

1 comment:

RabBit CHubby said...

ADA JUAL ANAK BENIH TK