Sunday, May 22, 2011

kuku geruda

Nama Botani : Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms.
Famili : Araliaceae
pokok ni dah lama kaknab cari nama saintifiknyha dan dari family apa. sebabnya tak tahu nama yang sebenar. mak kaknab panggil pokok ni kuku gheda, biasa lah orang kedah, jenuh kaknab google memang tak ada pun nama yang mak kaknab panggil tu. bila kaknab taip kuku geruda baru lah ada, rupanya2 nama pokok ni kuku geruda. pucuk nya memang sedap dibuat ulam, lebih sedap dari ulam raja. rasanya lemak2 dan tidak pahit. kaknab pun suka makan juga. orang tanam pokok ini sebagai pokok hiasan, ada yang tidak tahu ianya boleh di makan buat ulam. selain dari itu akar dan daunnya boleh direbus dan minum airnya untuk melawaskan pembuangan air kecil.

2 comments:

Jiha said...

Kak nab..daun nih biasa mertua saya panggil daun puding jer..antara bahan utama utk buat botok botok...sedap daun nih.tak pahit pun

Saha-ini Ahmad said...

Botok-botok, saya baru mencubanya dan saya sukakannya.
Botok-botok ini makanan masyarakat Jawa.