Friday 10 June 2011

Asystasia gangetica (rumput israel)

Nama tempatan: :Ara sungsang/rumput israel
Inggeris:Chinese violet
Melayu: Ara songsang, rumput israel
Asystasia gangetica

                                               rata rata tumbuh meliar pokok ni.
                                                  ni daun yang kaknab baru kutip untuk arnab.

Pokok ni tumbuh liar di belukar2 dan cepat membiak, di ladang ladang kelapa sawit atau getah, ia memang menyusahkan pekebun2, kalau dibiarkan kebun akan menjadi semak samun. orang memanggilnya rumput israel mungkin sebab perangainya yang suka tumbuh dan cepat membiak macam israel menceroboh pelestin, agaknya lah sebab tu dipanggil rumpuh israel, tapi mungkin ada nama lain, orang2 tua lebih arif sebab pokok ni juga boleh dimakan dibuat sayur atau ulam, rasanya memang sedap, kaknab pun dah cuba pucuknya sebagai ulam. kaknab pagi2 memang selalu petik untuk arnab kaknab. daun ni memang kegemaran arnab. sebab senang dicari rata2 tumbuh meliar.


5 comments:

'idun sa'idun said...

tima kasih kak nab.. kerana sudi berkongsi info tentang tumbuh-tumbuhan herba ni.. Saya follow eh.. :)

kaknab said...

sama2. terima kasih kembali kerana sudi menjenguk blog kaknab, salam perkenalan.

Sahaini said...

salam, kak nab (kalau ikut tarikh lahir kak nab, pangkat emak saya nih) Selamat hari ibu.

Rumput Israel yang memang senang hidup ditanah lapang, redup ini memang makanan arnab. Kalau dulu, arwah tok sy panggil kangkung arnab.

Nice posts! :)

kaknab said...

terima ksih Saha-ini Ahmad, boleh panggil mak cik nab. daun ini buat ulam pun sedap.

Anonymous said...

salam damai. i like your blog. kebetulan saya pun penggemar herba, ulam ulaman. rumput israel ni byk sgt tumbuh meliar kat area rumah saya.. subur lagi. kak nab kata boleh buat ulam. makan mentah ke atau di rebus dahulu?