Sunday 22 May 2011

kuku geruda

Nama Botani : Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms.
Famili : Araliaceae
pokok ni dah lama kaknab cari nama saintifiknyha dan dari family apa. sebabnya tak tahu nama yang sebenar. mak kaknab panggil pokok ni kuku gheda, biasa lah orang kedah, jenuh kaknab google memang tak ada pun nama yang mak kaknab panggil tu. bila kaknab taip kuku geruda baru lah ada, rupanya2 nama pokok ni kuku geruda. pucuk nya memang sedap dibuat ulam, lebih sedap dari ulam raja. rasanya lemak2 dan tidak pahit. kaknab pun suka makan juga. orang tanam pokok ini sebagai pokok hiasan, ada yang tidak tahu ianya boleh di makan buat ulam. selain dari itu akar dan daunnya boleh direbus dan minum airnya untuk melawaskan pembuangan air kecil.

Thursday 5 May 2011

peria katak

peria katak atau nama saintifiknya Cucurbitaceae.Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara. Rasanya pahit pahit tapi masih boleh dimakan mentah dibuat ulam. peria kata dapat menurun kan tahap gula dalam darah. kaknab hari2 makan peria katak mentah cecah dengan sambal belacan. kat pasar Bmertajam sekilo cuma rm3.00 murah je.

Tuesday 3 May 2011

penawar kencing manis

kaknab tiap2 tahun akan membuat ujian darah. selalunya semua okay, tapi baru baru ni kaknab pi check ada kencing manis wpun pun tidak tinggi, doktor bagi ubat metformin untuk di makan 1/2 biji pagi dan malam. bacaan kolesterol LDL pun tinggi. balik rumah, kaknab tidak makan ubat yang diberi doktor, kaknab cuma berubat sendiri dengan meminum berbagai jenis air ubat dan makan ulam2an. kaknab akan check seminggu sekali paras gula dalam darah tinggal 4.5 bila berpuasa. dan cholesterol kaknab turun ke paras normal. sudah 3 kali kaknab check bacaan gula dalam darah tahap normal. apa yang kaknab ambik seperti berikut.

tiap2 hari kaknab minum:

1 gelas air direndam dengan sehelai daun cerita/hempedu bumi. 2 gelas sehari. pahitnya.

1 gelas air dicampur dengan apple cidar vinegar 1 sudu teh. diminum 2 gelas sehari
- masamnya.

teh misai kucing kaknab campur dengan kulit kayu manis, diminum juga 2 gelas sehari
- air ni okay wangi je sebab kulit kayu manis.

air halba - kaknab nanti rendam dalm gelas dan minum airnya, halba kaknab kunyah. memang lah tak sedap langsung, kalau tak ada kencing manis, tak ingin kaknab nak minum.

sebelum tidur, kaknab minum air grapefruit + apple hijau. - masam dan pahit.

kaknab lebihkan makan quaker oats dibancuh sedikit cair, sehari 2 gelas.

tiap2 kali makan sedikit sahaja nasi berulamkan peria katak. makan mentah atau rebus, selalunya kaknab makan mentah, senang lebih rangup. sedikit pahit tapi sedap dicecah dengan sambal belacan.

ulam jering atau petai

 

Dari dulu lagi kaknab memang rajin jogging dan aerobik tetapi masih boleh dapat kencing manis, mungkin pankreas dlm badan kaknab tidak supply insulin secukupnya kerana kaknab dah pun 55 tahun. lagi pun sebelum kaknab tahu ada sedkit kencing manis kaknab memang suka makan buah2an manis2 dengan quantity yang banyak macam mempelam sekali makan 3 biji, epal merah sekali makan 3 biji, pisang pun kalau makan 3-4 biji sekali bila dah tahu kencing manis, kaknab pun kurangkan makan buah2an kalau makan pun cuma sebiji sahaja. dulu kalau minum teh atau kopi memang manis nak mampuih, haaa padan muka kaknab la ni baru tahu minum tawar sikit hehehe

pokok mata pelanduk

pokok ini lama dah kaknab ambik gambarnya. masa pi pagoh, taman herba. sebab tak tahu namanya, kaknab KIV, kini baru jumpa dlm internet nama pokok ini ialah pokok mata pelanduk. ini ialah info pokok ini.

Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam. (Rujukan : http://fazlisyam.com/)