Pokok herba menjadi penawar segala penyakit. Bunga yang cantik sedap mata memandang. Ulam ulam sumber kesihatan. semua gambar yang kaknab upload sendiri boleh dikongsi bersama, just copy and paste tak perlu meminta izin dari kaknab. permission is granted okay.
Monday, 31 October 2011
daun mengkudu
daun mengkudu yang besar, kaknab ternampak kat batu pahat terus rakam gambarnya.. daunnya memang besar.
Sunday, 9 October 2011
besarnya pokok mengkudu
ini ialah gambar yang kaknab rakam semasa ronda ronda ke tanjung harapan port kelang. pokok mengkudu ni ,mungkin pokok tua, dengan batangnya yang besar. tapi rendang.
pucuk meranti
on d way to shah alam ke rumaha anak, dari penang melalui pantai remis, kaknab tersinggah pasar malam kat sekincan kalau xsilap, di situ kaknab beli lah sayur2 kampung, pucuk paku dan pucuk meranti, pucuk paku memang selalu kaknab beli, tapi pucuk meranti, inilah pertama kali kaknab tengok daunnya, bila tanya pada pakcik yang juai, dia kata daun meranti, boleh dimasak lemak, rasanya pahit2 sikit tapi sedap. lalu kaknab beli seikat rm2/- hari ni kaknab pun masak lemak cili api,
1 ikat rm2 bunganya kecil kecil
daun yang sudah siap di potong
ini ialah buahnya kecil2 juga
masak lemak cili api daun meranti yang sudah siap dimasak
kaknab dah makan pucuk meranti masak lemak cili api memang sedap. pahit pahit sedikittapi lemak.
lain kali balik penang nak cari lah pokok ni, mesti ada punya. selama ni, xtahu namanya
dan tak tahu pula boleh dibuat sayur.jum kaknab bagi resepinya.
1 bawang besar, 10 biji cili api, sedikit kunyit hidup, sedikit garamdan sedikit ikan bilis ditumbuk lumat. dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi dengan sedikit minyak biar ia garing sedikit dan wangi
masukkan santan pekat 1 mangkuk, 1 keping asam keping, sayur meranti dan biar ia mendidih, kacau selalu supaya tidak berketul. bila daun sudah layu, angkat. ikan bilis buatkan kuahnya manis manis jadi kuranglah pahitnya. selamat mencuba.
Saturday, 25 June 2011
daun mengkudu
Ini pokok kudu yang terdapat di pantai pulau aman masa kaknab pi ronda2 hari ni, daunnya memang besar gila. tak pernah kaknab tengok kudu daun besar. subur betul pokok ni. hijau berkilat daunnya.
bunga pokok daun baru
gambar bunga ni kaknab ambik masak pi pulau aman. pokok ni, rendang je. bunganya kuning terang memang cantik.
pokok peria pantai
dah lama kaknab tak tengok pokok ni, dulu kecik2 memang banyak pokok ni kat pantai tanjung tokong. kami pi kutip je pucuknya. hari ni kaknab pi pulau aman. ronda2 tepi pantai, terjumpa pokok ni terus ambik gambar. pucuk peria pantai memang sedap direbus buat ulam atau masak lemak dengan keledek.
Friday, 10 June 2011
Asystasia gangetica (rumput israel)
Nama tempatan: :Ara sungsang/rumput israel
Inggeris:Chinese violet
Melayu: Ara songsang, rumput israel
Asystasia gangetica
rata rata tumbuh meliar pokok ni.
ni daun yang kaknab baru kutip untuk arnab.
Pokok ni tumbuh liar di belukar2 dan cepat membiak, di ladang ladang kelapa sawit atau getah, ia memang menyusahkan pekebun2, kalau dibiarkan kebun akan menjadi semak samun. orang memanggilnya rumput israel mungkin sebab perangainya yang suka tumbuh dan cepat membiak macam israel menceroboh pelestin, agaknya lah sebab tu dipanggil rumpuh israel, tapi mungkin ada nama lain, orang2 tua lebih arif sebab pokok ni juga boleh dimakan dibuat sayur atau ulam, rasanya memang sedap, kaknab pun dah cuba pucuknya sebagai ulam. kaknab pagi2 memang selalu petik untuk arnab kaknab. daun ni memang kegemaran arnab. sebab senang dicari rata2 tumbuh meliar.

Sunday, 22 May 2011
kuku geruda
Nama Botani : Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms.
Famili : Araliaceae
pokok ni dah lama kaknab cari nama saintifiknyha dan dari family apa. sebabnya tak tahu nama yang sebenar. mak kaknab panggil pokok ni kuku gheda, biasa lah orang kedah, jenuh kaknab google memang tak ada pun nama yang mak kaknab panggil tu. bila kaknab taip kuku geruda baru lah ada, rupanya2 nama pokok ni kuku geruda. pucuk nya memang sedap dibuat ulam, lebih sedap dari ulam raja. rasanya lemak2 dan tidak pahit. kaknab pun suka makan juga. orang tanam pokok ini sebagai pokok hiasan, ada yang tidak tahu ianya boleh di makan buat ulam. selain dari itu akar dan daunnya boleh direbus dan minum airnya untuk melawaskan pembuangan air kecil.
Thursday, 5 May 2011
peria katak
peria katak atau nama saintifiknya Cucurbitaceae.Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara. Rasanya pahit pahit tapi masih boleh dimakan mentah dibuat ulam. peria kata dapat menurun kan tahap gula dalam darah. kaknab hari2 makan peria katak mentah cecah dengan sambal belacan. kat pasar Bmertajam sekilo cuma rm3.00 murah je.
Tuesday, 3 May 2011
penawar kencing manis
kaknab tiap2 tahun akan membuat ujian darah. selalunya semua okay, tapi baru baru ni kaknab pi check ada kencing manis wpun pun tidak tinggi, doktor bagi ubat metformin untuk di makan 1/2 biji pagi dan malam. bacaan kolesterol LDL pun tinggi. balik rumah, kaknab tidak makan ubat yang diberi doktor, kaknab cuma berubat sendiri dengan meminum berbagai jenis air ubat dan makan ulam2an. kaknab akan check seminggu sekali paras gula dalam darah tinggal 4.5 bila berpuasa. dan cholesterol kaknab turun ke paras normal. sudah 3 kali kaknab check bacaan gula dalam darah tahap normal. apa yang kaknab ambik seperti berikut.
Dari dulu lagi kaknab memang rajin jogging dan aerobik tetapi masih boleh dapat kencing manis, mungkin pankreas dlm badan kaknab tidak supply insulin secukupnya kerana kaknab dah pun 55 tahun. lagi pun sebelum kaknab tahu ada sedkit kencing manis kaknab memang suka makan buah2an manis2 dengan quantity yang banyak macam mempelam sekali makan 3 biji, epal merah sekali makan 3 biji, pisang pun kalau makan 3-4 biji sekali bila dah tahu kencing manis, kaknab pun kurangkan makan buah2an kalau makan pun cuma sebiji sahaja. dulu kalau minum teh atau kopi memang manis nak mampuih, haaa padan muka kaknab la ni baru tahu minum tawar sikit hehehe
tiap2 hari kaknab minum:
1 gelas air direndam dengan sehelai daun cerita/hempedu bumi. 2 gelas sehari. pahitnya.
1 gelas air dicampur dengan apple cidar vinegar 1 sudu teh. diminum 2 gelas sehari
- masamnya.
teh misai kucing kaknab campur dengan kulit kayu manis, diminum juga 2 gelas sehari
- air ni okay wangi je sebab kulit kayu manis.
air halba - kaknab nanti rendam dalm gelas dan minum airnya, halba kaknab kunyah. memang lah tak sedap langsung, kalau tak ada kencing manis, tak ingin kaknab nak minum.
sebelum tidur, kaknab minum air grapefruit + apple hijau. - masam dan pahit.
kaknab lebihkan makan quaker oats dibancuh sedikit cair, sehari 2 gelas.
tiap2 kali makan sedikit sahaja nasi berulamkan peria katak. makan mentah atau rebus, selalunya kaknab makan mentah, senang lebih rangup. sedikit pahit tapi sedap dicecah dengan sambal belacan.
ulam jering atau petai

Subscribe to:
Posts (Atom)