Monday 28 June 2010

pokok pong pong


kaknab memang panggil buah pong pong, tapi bila tanya suami kaknab disebut buah pe.... kambing, isssh, kenapa pula panggil yang itu, nak sebut pun xsedap didengar, kan panggil buah pong pong lebih manis. pokok ni banyak ditanam ditepi jalan. buah yang hijau macam buah mangga. tapi awas buah ini berracun. bunganya putih memang cantik. tapi wlpun racun menurut mak kaknab ia boleh dibuat ubat buasir. bakar buahnya dan pedap dekat dubur supaya menjadi kecut.

Saturday 26 June 2010

bunga kertas / bougainvillea


bunga kertas ungu dan putih . memang cantik

bunga labu


ini ialah bunga labu, janji bunga, cantik kuning terang lah apa lagi snap je lah

bunga raya ungu

betul ke ni bunga raya,. daunnya macam bunga raya. apa apa pun memang cantik kan

bunga while alder/lidah kucing


Common names: While Alder, Lidah Kucing

Scientific name: Turnera subulata


cantikan bunga ni. kaknab betul betul terpesona, naik basikal terus berhenti dan ambik gambar. kaknab guna phone camera je. memang cantiklah.

buah cherry


pokok cherry memang terkenal dikampung2 kerana ia pokok rimbun untuk berteduh, kadang orang kampung akan buat pelantar di bawah pokok cherry kerana ia rendang. daunnya menjadi ubat herba kepada pengidap2 darah tinggi. dengan merebus daunnya boleh menurun kan tekanan darah, xtau apa rasanya. mak mertua kaknab dulu selalu juga mengamalkannya. buah cherry dikatakan memang baik untuk pesakit gout, ini kaknab ada terbaca dalam internet. rasanya yang manis manis buah natural memang sedap dimakan apabila masak. teringat dulu masa kaknab kecik2 buah cherry yang hijau kami buat peluru untuk main piston kayu, apabila dibetil akan pergi jauh buah cherry ni. hahahaha seronok lah masa tu.

bunga exora/bunga jarum


kalau kecik2 dulu memang suka petik bunga ni, tarik jarum dalam bunga ni akan keluar air yang manis kemudian sedut. xtau orang panggil apa bunga ni. tuan punya pokok ni memang xsuka habis budak2 petik sebab nak sedut airnya. semua hanya tinggal nostalgia


pucuk gajus/janggus


pucuk janggus memang sedap dibuat ulam colek dengan sambal belacan. dia agak kelat kelat lemak, kalau dulu kami cuma pi kutip saja sebab memang banyak pokok ni di tepi tepi laut kat tanjung tokong, tapi kini xada lagi, so pi market lah beli satu ikat cuma 5 kupang. ni kaknab ambik gambaq kat berek ditanam oleh SI Razali. dia memang rajin tanam bermacam pokok bunga, ulam2 dan sayur sayuran.

cekur manis/sauropus androgynus


Pokok cekur manis atau nama saintifiknya Sauropus androgynus merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN.
kami kat penang panggil daun ase ase. pandai ubah pula, nama cekur manis kan sedap. biasalah lain tempat panggil lain lain, ada pula yang panggil daun ketuk. memang sedap masak lemak dengan keledek, fulamak sedapnya. apa pun daun ni sapa yang tidak tahan akan pening pening kepala, sebab daun ini dikatakan angin. kaknab xkisahlah, angin ke apa ke janji sedap.

daun selasih


ku siram selasih, ku siramkan dihujung halaman
mengenangkan kasih aduh sayang lambang percintaan
hahaha menyanyi pula bila tengok pokok selasih ni., apa apa pun daun selasih memang wangi dan sedap dibuat ulam atau campur dengan masak lemak pisang, amboi bertambah lagi lah nasi 2 pinggan. emmm camna nak slim ni. pokok selasih memang mudah ditanam, dalam pasu ke atas tanah ke. dia memang xkisah subur je pokoknya.

Friday 25 June 2010

buah mulberi


buah mulberi memang sedap dimakan apabila ia masak iaitu berwarna hitam atau ungu gelap. ada yang pandai membuat jam pula. pokoknya nya senang tumbuh, selalunya ditanam dilaman2 rumah.

bunga yesterday today and tomorrow



nama saintifik: Brunfelsia australis, Brunfelsia bonodora, Brunfelsia latifolia
nama glamour: Yesterday-Today-and-Tomorrow


dah cari dalam internet nama bunga ni ialah yesterday today and tomorrow, betul ke nama ni. macam lawak je, bunga ni cantik dan wangi, baunya macam bedak cuticura lah, sedap dan lembut sangat, tapi kata kawan kaknab yang tanam pokok dia kata wangi sangat sampai nak pening. nanti bila dah tahu nama dia kaknab akan update. kita upload dulu lah

bunga santalia


setelah check dalam internet rupanya bunga ni dipanggil santalia. hanya kembang pada waktu malam saja. bila dia kembang memang semerbak baunya. lepas maghrib ke atas dia start bau wangi. jangan terperanjat pula kalau bau wangi pada malam, xada apa2 cuma bau bunga je. masa kaknab ambik gambar ni pagi pukul 10 pagi, jadi dia xkembang lah, nak tunggu malam gelap pula susah nak ambik gambar. apa pun, kalau dapat bunga yang kembang nanti kaknab paste lagi kat sini ye.

bunga daisy

bunga melor


bunga melor memang wangi baunya. kalau dulu buat bedak sejuk memang xmiss lah gaul bunga ni dengan bedak sejuk yang sudah dijemur.

Thursday 24 June 2010

ladybird


tengah ambik gambar ternampak kumbang cekenit, atau ladybird dekat pokok terus ambik gambar.

bunga 10 pagi.


kebetulan kaknab ronda2 keliling berek ambil gambar pokok dalam berek dalam pukul 10 pagi. pokok bunga ni tengah kembang, macam dia tau tau je pukul 10, bunga ni pi sekolah kut, tu pandai. lepas je pukul 10 ke atas dia makin layu sebab panas kan. esok pagi pukul 10 kembang semula.

bunga harum malam

bunga harum malam memang harum kalau kita lalu je di tepi pokok ni. kaknab malam pi kelas arobik akan lalu dengan basikal, amboi bau semerbak menyucuk hidung, nasib baik dok dalam berek keliling pagar dan lampu neon. kalau lah dalam kampung pendalaman mau berdiri bula romaku.

daun bebuas



gambar pokok diambil kat rumah SI Razali yang rajin tanam pokok pokok ulam.

daun bebuas memang sedap dibuat ulam. ia tumbuh rendah dan subur, rasanya lemak lemak, selalunya dimakan mentah colek dengan sambal belacan. orang kedah memang semua jenis daun dibuat ulam. barangkali sebab tu orang kedah banyak yang umor panjang kut hahahaha

belimbing tanah

Belimbing Tanah

Nama botani : Oxalis barrelieri Linn

Nama lain : Belimbing bukit

Famili : Oxalidaceae








ini lah buah bila di magnifykan ia boleh dimakan untuk mengubat darah tinggi, rasanya agak masam macam belimbing buluh, buahnya kecil sangat.


, kaknab panggil belimbing mini,sebab buahnya yang sangat kecil bentuk buahnya macam belimbing sagi. ia tumbuh liar bersama rumput, daunnya berbentuk agak bulat . mula2 kaknab ingat pokok dukung anak, tapi pokok dukung anak daunnya agak rapat, tingginya pun lebih kuang pokok dukung anak jua, daun pokok belimbing mini ni jarang2 dekat tangkainya. ada bunga warna putih sedikit

Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me­nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah
jantung serta dapat menghilangkan da­haga.

Wednesday 23 June 2010

pengumuman, pengumuman, siapa yang boleh cari apakah nama pokok ini












pokok pokok herba yang kaknab ambik gambar kat taman herba pagoh. oleh kerana semua pokok tidak ada label nama. jadi susah lah bagi kita yang tidak kenal. xapa, upload dulu nanti kita cari namanya, kalau ada sapa sapa yang tahu nama nya bolehlah bantu kaknab

pokok ulam raja

daun ulam raja memang sedap dibuat ulam. kalau dah ada ulam raja kalau yang nak berdiet huh pakai xjadilah. apa taknya, dari sepinggan nasi boleh tambah lagi hahaha

Kegunaan:

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
ni ialah ulam pucuk tenggek burung. orang kedah panggil pokok halban. daun ni memang sedap lemak lamak kelat.
daun kadok, sedap buat sayur dan ulam.
ni memang pokok kacip fatimah.
canti kan pokok ni, tengoklah susunan daunnya macam bintang. pokok apa kah ini. mungkin ada yang sudi bagitau namanya. kata kawan dari keluarga kacip fatimah. xape kita akan cari namanya kemudian, upload dulu

pokok afrika/sabong

pokok apa kah ini. memang cantik, hijau ulat langsung tidak hinggap apa lagi nak makan daunya. kaknab getu sikit dan rasa ya Allah pahit yang amat, patut lah ulat pun xberrani nak makan. rasa pahitnya macam daun hempedu bumi. pokoknya mungkin boleh membesar lagi. tanya kawan yang tanam, dia tahu memang pokok herba tapi xtau namanya. pokok ini dikatakan baik untuk darah tinggi, sebab ia pahit boleh menurunkan tekanan darah. xape nanti kaknab cari dalam intrnet. upload dulu.

okay dah dapat nama pokok ni. ada yang kata pokok naga buana, ada yang kata pokok afrika sebab datang dari afrika, ada yang kata pokok sabong. apa2 pun panggilannya mengikut tempat lah kut. jadi untuk

Tuesday 22 June 2010

pokok bangun bangun /



kaknab pernah juga makan pucuk daun ni buat ulam. memang sedap. kalau xcaya cubalah.

Nama Tempatan : BANGUN BANGUN
Nama Saintifik : Coleus Amboinicus
Nama lain : ati ati hijau,bebangun,raja bangun, tumbuh daun,sedingin,setawar padang,kerencung dan mangun mangun.
Famili : Labiatae
Asal : INDIA
Taburan :Sub Tropika dan Tropika
Katogari :Tumbuhan hiasan dan herba

KETERANGAN
Pokok bangun bangun juga dikenali sebagai ati ati hijau.Ianya ditanam sebagai tanaman hiasan dan ulaman di sekitar rumah.Ianya banyak ditanam olih masyarakat India untuk ubat batuk.Sangat berkhasiat sebagai UBAT BATUK.Keselurohan pokok ini mempunyai bau yang menyengat hidung.Aroma daun nya wangi dan ada yang mengata kan busuk, jadi bergantung kepada individu.Bau nya seakan JINTAN HITAM.Pucuk muda nya rangup dan bolih di buat ulam, makan dengan sambal belacan,sambal tempoyan dan salah satu bahan untuk nasi kerabu. Kaedah pembiakan ialah keratan batang dan daun yang mempunyai tangkai daun.Midium tanah gembur dan saliran yang baik.Pokok ini tahan lasah dan mudah tumboh.

KHASIAT BANGUN BANGUN
Pokok ini sangat terkenal dalam perubatan melayu dan cina untuk pengubatan batuk,mual tekak,sakit kepala dan sistem pencernaan.Cara nya ambil daun bangun bangun yang segar sehelai, masuk dalam air panas di dalam cawan, tutup selama 3 minit masuk kan sebiji gula batu dan minum.Kalau di buat jus bolih mengubati penyakit asma,batuk dan bronkitis.Daun yang di hancur kan bolih mengubati kulit melecur dan gigitan serangga berbisa.Apabila di campur dengan ibu kunyit dan di tumbuk bolih mengubati senak dan sakit perut.Pucuk muda kalau di buat ulam bolih awet muda dan melancar kan perjalanan darah juga membaiki tekstur kulit.
Bagitu lah 2 tanaman hiasan yang juga berfungsi sebagai UBATAN HERBA yang kita lupa kan..Dan saya percaya ramai yang tidak mengenali POKOK AJAIB ini.Pokok ini memang ada saya tanam untuk saya buat ulaman, di samping banyak pokok yang lain…wasallam.

info sumber dari wannua.wordpress.com.

Monday 21 June 2010

keembung - balsam plant



ini ialah pokok keembung, kami dulu panggil pokok inai pacak. masa kaknab sekolah dulu kami belajar biology about plants pokok ni adalah contoh yang baik. masih ingat lagi, baca ni.

"The flower is the reproductive organ of a flowering plant. Many seed plants form seeds inside flowers. For reproduction to take place, pollen grains from the male stamen must be carried to the female part of the flower, the pistil. Two ways that flowers are pollinated are by insects and by the wind. The insects like the bright petals and the sweet smell of the flowers. They land on the flowers to drink a liquid called nectar. When bees touch the stamen, pollen sticks to the bees. When the bees move around the flower, pollen is transfered to the pistil. Pollination leads to the making of one or more seeds in a flower.

When seeds settle, have enough water, and have enough space to grow, they start to germinate. Once the seedling starts to grow out of the seed, it also grows roots. It then is a young plant, and continues to grow." balsam plant is very good example.

okay kan, ini lah yang kita belajar masa form one dulu. kaknab bawa siap pokok ni ke sekolah. itu ada lah kisah lama 1970 lama tu.


kaknab ambik gambar ni masa pi melawat taman herba kat pagoh, tapi semua pokok2 yang ada kat situ xdilabel nama, daunnya besar dan panjang. xtau nama apa, nanti kaknab cari dalam internet, upload dulu lah


bunga mentega


pokokbunga acasia kuning, memang cantik, banyak terdapat ditepi tepi jalan, pokok agak tinggi juga.

bunga temu putih



memang cantik bunga temu putih, wangi pula bau nya.

bunga janda kaya.



ni bunga janda kaya, memang kelakar kan nama dia, kenapa letak janda kaya xtau lah, mungkin bunganya lebat kut.


bunga ni kaknab ambik masa balik kampung muar, pokok kat rumah pakngah, upload dulu nanti kaknab cari nama bunga ni hehehhe

lebah menghisap madu



siapa tahu bunga apakah ini?, memang cantik, kaknab ambik masa singgah makan kat R&R Sungai Perak.